Makluman Umum

publicMakluman umum berkaitan ILPKL bagi pengguna awam.

LIHAT

Makluman Kakitangan

Makluman berkaitan ILPKL yang berkaitan dengan kakitangan institut.

LIHAT

Makluman Pelatih

studentMakluman berkaitan ILPKL yang berkaitan dengan pelatih institut.

LIHAT

Tarikh Kemaskini

Laman ini telah dikemaskini pada:
Jumaat 15 Julai 2011 07:41:33

Halaman Utama

LAWATAN KERJA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK & VOKASIONAL (BPTV), KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Bahagian Pendidikan Teknik & Vokasional (BPTV), yang diketuai oleh Tn Hj Jamaludin bin Ahmad, KPP Kejurulatihan, dari Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan satu lawatan kerja ke ILP Kuala Lumpur sebagai persediaan ke arah pelaksanaan Transformasi Pendidikan Vokasional. Lawatan tersebut berlangsung pada 6 Julai 2011 (Rabu) jam 10.00 pg bertempat di Bilik Mesyuarat, ILP K. Lumpur.

Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan ILP Kuala Lumpur, Puan Rosnoizam Bt. Abd Majid telah mempengerusikan mesyuarat yang merupakan agenda utama lawatan tersebut. Tujuan lawatan tersebut diadakan adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sistem pembelajaran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur merangkumi perkara-perkara seperti kaedah latihan dan penilaian, kurikulum dan silibus yang digunapakai, sistem semeter yang dipraktikkan, persijilan yang dianugerahkan kepada para pelajar dan berbagai-bagai perkara lain yang berkaitan dengan latihan kemahiran yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur.

Kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cendera mata sebagai kenang-kenangan pada sesi akhir lawatan kerja tersebut. Pihak BPTV mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak ILP Kuala Lumpur atas kerjasama dan maklumat yang telah diberikan dan berharap lawatan tersebut akan menjadi satu titik permulaan kepada pihak BPTV dalam melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional yang dijangka bermula pada tahun 2012.

LAST_UPDATED2

Perasmian Minggu Suai Kenal Pelajar Sesi 2/2011

Usai sudah pendaftaran pelajar-pelajar baru bagi Sesi pendaftaran 2/2011 yang telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang mendaftar dan ucapan terima kasih juga kepada semua kakitangan ILPKL yang terlibat sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dalam menjayakan sesi pendaftaran tersebut.

LAST_UPDATED2 Baca Lagi...

Hari Pendaftaran Sesi 2/2011

Hari Pendaftaran pelajar baru bagi Sesi 2/2011 di ILP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan lancarnya pada 4 Julai 2011 dengan kehadiran hampir 300 orang pelajar baru beserta ahli keluarga masing-masing. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar-pelajar baru dan selamat menjalani minggu orientasi dan seterusnya latihan di ILPKL. Berikut adalah gambar-gambar senario hari pendaftaran tersebut. Gambar dan suntingan oleh Jurufoto ILPKL, Encik Mohd Junaidi bin Othman.

LAST_UPDATED2 Baca Lagi...

Pamplet Latihan 1 Malaysia

Sila klik sini untuk melihat pamplet kami.

LAST_UPDATED2

METALTECH Welding 2011 Competition

Pada 7 Mei 2011, Bahagian Teknologi Kimpalan Arka & Gas,  Insititut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur telah menyertai satu Pameran Teknologi Kimpalan dan Menyertai Pertandingan Kimpalan yang dianjurkan oleh pihak penganjur. Seramai 4 orang pelajar jurusan Teknologi Kimpalan Arka & Gas telah menyertai pertandingan tersebut. Keputusannya, ILP Kuala Lumpur , dua orang pelajar telah berjaya merangkul tempat ke-3 dan ke-5 di dalam pertandingan tersebut. Pelajar-pelajar tersebut  adalah Encik Safuan bin Sabtu, Semester 4 dan Encik Zulfaizal bin Paiman. Pensyarah pengiring adalah En. Zamrus bin Abd. Karim dan En. Mohd Syamsul bin Shaharudin.

LAST_UPDATED2 Baca Lagi...

JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday5
mod_vvisit_counterYesterday780
mod_vvisit_counterThis week5
mod_vvisit_counterLast week4259
mod_vvisit_counterThis month12536
mod_vvisit_counterLast month16756

We have: 7 guests online
Your ip: 50.19.33.5
Today: Apr 20, 2014
You are here Home

Polisi Privasi | Polisi Keselamatan

 

Hakcipta Terpelihara ILPKL.
Penafian : ILP Kuala Lumpur (ILPKL) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 
Paparan Terbaik Web ILPKL ini adalah ( IE 6.0 ++ / Firefox 2.0 ++ : 1024 X 768 pixels )