Makluman Umum

publicMakluman umum berkaitan ILPKL bagi pengguna awam.

LIHAT

Makluman Kakitangan

Makluman berkaitan ILPKL yang berkaitan dengan kakitangan institut.

LIHAT

Makluman Pelatih

studentMakluman berkaitan ILPKL yang berkaitan dengan pelatih institut.

LIHAT

Tarikh Kemaskini

Laman ini telah dikemaskini pada:
Jumaat 15 Julai 2011 07:41:33

Kursus Separuh Masa

Objektif
Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasilkerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka seganding dengan keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.
Pengendalian Kursus
·Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
·Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.

Jangkamasa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus yang dikeluarkan setiap tahun. Tarikh kursus adalah tertakluk kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.
Bidang Kursus
- KURSUS JANGKAMASA PENDEK BERMODUL ditawarkan merangkumi bidang berikut.
Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik, Komputer dan Multimedia serta Percetakan. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu. 
- KURSUS KHAS(CUSTOMISED) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum,lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institut.
 
Persijilan
Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran.
Tuntutan Kemalangan
Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti. Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.
Kemudahan Penginapan
Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.
Insentif kepada Majikan
Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRDC).
Yuran Kursus
Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.
mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday346
mod_vvisit_counterYesterday706
mod_vvisit_counterThis week2344
mod_vvisit_counterLast week5883
mod_vvisit_counterThis month11360
mod_vvisit_counterLast month16756

We have: 6 guests, 3 bots online
Your ip: 54.242.200.172
Today: Apr 18, 2014
You are here Perkhidmatan Kursus Separuh Masa

Polisi Privasi | Polisi Keselamatan

 

Hakcipta Terpelihara ILPKL.
Penafian : ILP Kuala Lumpur (ILPKL) adalah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini. 
Paparan Terbaik Web ILPKL ini adalah ( IE 6.0 ++ / Firefox 2.0 ++ : 1024 X 768 pixels )