Cetak
PDF

Kursus Sepenuh Masa (LAMA)

Kelayakan Am:Warganegara Malaysia berumur 17 hingga 30 tahun dan lulus ujian temu duga (bagi kursus B03 dan B09 sahaja)


Kelayakan Akademik

(a) SPM atau setaraf dengannya dan lulus Bahasa Melayu.

(b) SPM atau setaraf dengannya, lulus Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik serta lulus Bahasa Melayu.

(c) SPM atau setaraf dengannya, kepujian Matematik/Matematik Tambahan dan Sains/Fizik serta lulus Bahasa Melayu.

(d) Berumur 20 tahun ke atas, lulus SKM Tahap 2 (MLVK) dalam bidang Elektrikal atau memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW1/PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiada Had; dan sekurang kurangnya 3 tahun pengalaman dalam mengawal radas hidup.

(e) Berumur 21 tahun ke atas, lulus SKM Tahap 2 (MLVK) dalam bidang Elektrikal atau memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW1/PW2) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) atau Perakuan Kekompetenan Pendawaian Tiada Had; dan sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman dalam mengawal radas hidup.

(f) Memiliki Perakuan Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal (PW1/PW2).

Senarai Kursus Peringkat Sijil di ILP

KOD KURSUS Kelayakan Tempoh Keterangan Kursus
A01 Mekanik Industri (b) 15 bulan Pelajar akan diajar menggunakan alat-alat tangan bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam; menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin; penggunaan mesin pneumatik dan hidraulik.
A02 Pemesinan Am (b) 15 bulan Pelajar akan diajar membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik; diajar membaca da memahami pelan; menggunakan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja.
A03 Pemesinan CNC (c) 15 bulan Pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran berteknologi tinggi bagi menghasilkan reka bentuk sesuatu produk industri. Mesin-mesin tersebut dikawal oleh komputer yang dikenali sebagai Computer Numerical Control (CNC). Reka bentuk sesuatu produk industri adalah menggunakan Computer Aided Design (CAD)dan Computer Aided Manufacturing (CAM).
A08 Kimpalan Arka & Gas (b) 15 bulan Pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam, membaca simbol dan lukisan blueprint dan menguji sambungan kimpalan
A11 Automotif (b) 15 bulan Pelajar akan diajar menyelenggara, membaik pulih enjin kereta, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan, sistem penyaman udara, memasang komponen kenderaan dan memndu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalu lintas.
A14 Kejuruteraan Jaminan Mutu (c) 15 bulan Pelajar akan diajar mengenai cara memeriksa, menguji dan mengawal kualiti pengeluaran mengikut piawaian; membaca pelan dan menggunakan alat pengukuran konvensional.
A15 CADD Mekanikal (c) 15 bulan Pelajar akan diajar menyediakan pelan sesuatu komponen mekanikal, lukisan pemasangan dan butiran, merangka lukisan mengikut skala dan piawaian tertentu sesuatu objek.
B01 Juruelektrik (c)
2 tahun

Pelajar akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa, mencari, mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal, membaik pulih alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).
B02 Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (c) 15 bulan Pelajar akan diajar mengenai sistem pemampatan dan pemeluwapan, memasang dan menyambung sistem paip penyejukan, menganalisa teknik-teknik rawatan elektrikal dan mekanikal dan memilih penyaman udara mengikut keperluan.
B05 Teknologi Elektronik Industri (c) 15 bulan Pelajar akan diajar merancang kawalan logik dan gabungannya, mengesan dan membaiki kerosakan alatan, memeriksa dan mengawal pemacu motor elektronik dan mesin-mesin elektrik lain.
B09 Penjaga Jentera Voltan Rendah AO (2T) (e) 15 bulan Pelajar akan diajar kerja-kerja pemasangan loji dan mesin, menyelenggarakan, merawat dan membaik pulih alat dan jentera elektrik,mengendalikan radas hidup dan ciri-ciri keselamatan pengguna.
C01 CADD Senibina (c) 15 bulan Pelajar akan diajar merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan; mereka bentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan.
D01 Teknologi Percetakan (a) 15 bulan Pelajar akan diajar merancang bahan-bahan cetak untuk kerja-kerja percetakan, mengendalikan kamera, percetakan offset dan penjilidan buku.
F01 Teknologi Komputer (b) 15 bulan Pelajar akan diajar mengenai pemasangan, penyelenggaraan, mengesan kerosakan, membaiki sistem rangkaian komputer serta mereka bentuk rangkaian sistem komputer.

 

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKL telah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduanilpkl@jtm.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.