1. Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara?
Jawapan
Pada masa kini terdapat 27 buah ILJTM iaitu 4 ADTEC, 1 JMTi, dan 22 ILP. Terkini adalah di ILP Miri. Kesemuanya dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
2. Adakah kursus yang ditawarkan di ILJTM sama?
Jawapan
Ada yang dan ada yang tidak, contohnya kursus - kursus di ILP sama (bergantung kepada bidang), kursus - kursus di ADTEC juga sama manakala kursus - kursus yang ditawarkan di CIAST adalah untuk melatih calon sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran namun mereka juga masih berpeluang untuk bekerja selain dari tenaga pengajar.
3. Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?
Jawapan
Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
4. Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Jawapan
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh MLVK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
5. Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan dan bila?
Jawapan
Borang permohonan boleh didapati pejabat - pejabat pos dan di beberapa agensi lain yang akan diberitahu (sekiranya berkenaan). Ia dibuka pada bulan Mac dan September setiap sesi pengambilan.
6. Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
Jawapan
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 25 tahun hingga 30 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
7. Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?
Jawapan
Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).
8. Adakah JTM terlibat menyediakan kursus-kursus seperti di IPTA/IPTS?
Jawapan
Tidak, JTM hanya terlibat dengan penyediaan program - program latihan bagi melatih pekerja - pekerja industri dan program melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri.
9. Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh MLVK?
Jawapan
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh MLVK dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
10.Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jawapan
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan dan 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
11.Bagaimana memohon kursus Sepenuh Masa?
Jawapan
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu di dalam bulan Januari dan Julai. Calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang atau melalui permohonan online ILJTM (melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia). Iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan biasanya tiga bulan (Mac dan September) sebelum pengambilan. Sila hantar borang permohonan tersebut ke ILJTM yang dipohon.
Perhatian! Borang-borang permohonan tidak dijual di ILJTM (ILP, ADTEC, CIAST dan JMTI) dan Ibu Pejabat JTM, Putrajaya dan lokasi penjualan borang-borang adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Semua permohonan kemasukan yang dibuat adalah tertakluk kepada kursus-kursus yang ditawarkan pada sesi ini sahaja. SEBARANG PERMOHONAN YANG TIDAK MERUJUK KEPADA IKLAN KURSUS INI TIDAK AKAN DILAYAN
PIHAK JABATAN TENAGA MANUSIA ADALAH BERHAK UNTUK MENENTUKAN LOKASI PENGAJIAN BAGI SETIAP KURSUS YANG DIPOHON JIKA BERSESUAIAN