Cetak
PDF

Sijil Teknologi Elektronik Industri

KURSUS: B05 - Sijil Teknologi Elektronik Industri

TEMPOH LATIHAN:

30 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 30 tahun;
  4. Memiliki SPM / SPMV;
  5. Lulus Matematik / Matematik Tambahan dan Sains / Fizik / Subjek Teknikal  serta LULUS Bahasa Melayu ( Sila rujuk Panduan Kemasukan bagi Program Sijil ).

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari sistem kawalan logik dan gabungannya, mengesan dan membaiki kerosakan litar elektronik dengan menggunakan jangka voltan digital, Oscilloscope, pengira ulangan dan alat probe logik. Mereka bentuk litar kawalan motor elektrik dan mesin-mesin elektrik lain.

PELUANG KERJAYA:

Para lepasan kursus ini berpeluang bekerja di firma-firma yang membuat dan menyelenggara peralatan elektronik bagi pejabat-pejabat dan loji-loji industri. Peluang pekerjaa juga terdapat di stesen radio dan televisyen serta makml-makmal penyelidikan dalam bidang elektronik. Peluang pekerjaan adalah cerah kerana pertumbuhan pesat industri yang berasaskan elektronik.

Juruteknik Elektronik Industri atau pekerjaan lain yang berkaitan.

 

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKL telah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduanilpkl@jtm.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.