Cetak
PDF

Sijil Teknologi Pemesinan CNC

KURSUS: A03 - Sijil Teknologi Pemesinan CNC

TEMPOH LATIHAN:

30 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira
  3. Memiliki SPM / SPMV
  4. LULUS Matematik / Matematik Tambahan dan Sains / Fizik / Subjek Teknikal  serta LULUS Bahasa Melayu.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran berteknologi tinggi bagi menghasilkan rekabentuk sesuatu produk industri. Mesin-mesin yang digunakan adalah dikawal oleh komputer yang dikenali sebagai Computer Numerical Control (CNC). Penggunaan komputer adalah menyeluruh bagi merekabentuk sesuatu produk iaitu dengan menggunakan Computer Aided Design dan Computer Aided Manufacturing.

PELUANG KERJAYA:

Peluang pekerjaan dalam bidang ini cukup luas kerana ianya merupakan tulang belakang sektor perindustrian negara. Lulusan bidang ini berpeluang bekerja di pelbagai industrian kejuruteraan dan pembuatan. Di antara bidang pekerjaan adalah Pemesin CNC atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pembuatan.

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKL telah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduanilpkl@jtm.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.