Cetak
PDF

Pengenalan

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bermula dari sebuah pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan pertukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang terbesar.

Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. Kini institut ini menyediakan pelbagai progam latihan teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja mahir negara. Dengan kelengkapan moden dan terkini serta pengajar-pengajar yang mahir dan berpengalaman, institut ini telah berjaya mengorak langkah mengekalkan ciri-ciri latihan kemahiran / vokasional yang ulung.

Graduan dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dipelengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian. Pengiktirafan kelayakan serta pengalaman yang diperolehi semasa latihan juga telah membantu mereka untuk meneruskan pengajian di peringakat yang lebih tinggi di Institut LatihanTinggi JTM seperti JMTI, ADTEC dan juga lain-lain institusi pengajian tinggi di negara ini.

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKLtelah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduan@ilpkl.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.