Cetak
PDF

Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan

OBJEKTIF:

Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan ILP Kuala Lumpur berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia. Selain itu, bahagian ini juga berperanan menyediakan pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.

FUNGSI:

  • Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat ILP Kuala Lumpur.
  • Menguruskan pendaftaran Pusat pentauliahan bagi ILP Kuala Lumpur.
  • Merangka rekabentuk dan pembangunan kurikulum latihan.
  • Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat ILP Kuala Lumpur.
  • Menyelaras Perlaksanaan CGPA.
  • Menyelaras KAWALAN DOKUMEN DAN PERLAKSANAAN MS ISO 9001:2000.
  • Mengawal mutu dan kawalan latihan mengikut standard NOSS/ Silibus ILJTM.
  • Memastikan Pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
  • Memastikan Persijilan bagi kursus yang di jalankan mengikut piawaian kemahiran kebangsaan (SKM, Suruhanjaya Tenaga, dan CIDB)
  • Menentukan dan menetapkan kursus-kursus modular, Customized dan jangka pendek mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran Tenaga kerja sedia ada
  • Membangun, menilai, menyelaras dan Mengembangkan kurikulum Latihan kemahiran pengajar.
  • Menyelaras, mengenalpasti dan membangun kemahiran Tenaga Pengajar untuk bidang-bidang yang baru.
  • Menyedia, menyelaras dan mengawal selia pengunaan Learning Guide, Written Instructional Material (WIM), Teaching Material dan Teaching Aids.
  • Penyelarasan Jadual Peperiksaan
  • Penyelarasan Lawatan Naziran & PPL
  • Merekod Keputusan Penilaian & Peperiksaan
  • Menyelaras dan mengawal standard soalan dan kaedah penilaian
  • Mengurus Jawatankuasa Peperiksaan & Persijilan

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKL telah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduanilpkl@jtm.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.