Bahagian Pengajian Am
PENGENALAN BAHAGIAN
Bahagian Pengajian Am merupakan Unit yang melengkapkan CGPA bagi pelatih-pelatih di Institut Latihan Perindustrian disamping Subjek Teras.
OBJEKTIF
Antara objektif bahagian ialah
- Meningkatkan mutu dan kualiti tenaga kerja mahir di bidang latihan memenuhi sektor perindustrian.
- Meningkatkan pengetahuan pekerja-pekerja industri dalam bidang pengajian umum bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan kearah pembangunan Negara.
- Menambah nilai dalam memudahkan para graduan mendapat pekerjaan.
UNIT-UNIT DI BAWAH BAHAGIAN
Bahagian ini terdiri daripada beberapa unit iaitu
- Unit Matematik
- Unit Bahasa Inggeris
- Unit Pengajian Islam
TANGGUNGJAWAB
- Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya pada peringkat kebangsaan di institusi sebagaimana yang ditentukan.
- Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.
- Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan kursus / latihan subjek umum yang dijalankan.
- Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan kursus subjek umum.
- Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Urusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.
- Memberi khidmat nasihat berkenaan subjek dan menyemak nota-nota kuliah.
- Mengguna dan menyelenggara peralatan di makmal untuk subjek yang berkenaan.
- Bekerjasama dengan bahagian Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
- Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan makmal.
- Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Perkhidmatan Latihan.
- Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Latihan dari masa ke semasa.




: 1024 X 768 pixels )