Cetak
PDF

Bahagian Pusat Sumber & Multimedia

OBJEKTIF:

Merealisasikan objektif-objektif pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer, multimedia  dan perpustakaan.

Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

  1. Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia
    • Mengurus sistem rangkaian (LAN & WAN), komputer termasuk  perisian dan perkakasan, pencetak, dan lain-lain teknologi maklumat Jabatan, pegawai dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur serta penyelenggaraannya;
    • Mengurus sistem portal laman web, sistem emel, data pegawai dan pelajar, E-Learning dan projek ICT Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
    • Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Latihan (TMS) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
    • Mengurus peralatan AVA di Studio, Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna;
    • Menjadi urusetia penggambaran;
    • Menyedia kursus ICT kepada masyarakat setempat;
    • Menyelaras pengajaran Applikasi Komputer kepada pelajar ILP Kuala Lumpur.
    • Perpustakaan
  2. Mengurus perpustakaan ILP Kuala Lumpur sebagai tempat rujukan oleh pensyarah, pelajar dan peserta kursus;
    • Menguruskan pembelian buku-buku, majalah serta bahan perpustakaan yang lain , termasuk membuat pesanan merekod,  mengkatalog menghantar peringatan dan sebagainya;
    • Mengesan dan mendapatkan maklumat artikal bahan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan;
    • Mengurus kerja-kerja pentadbiran dan penyeliaan perkhidmatan perpustakaan seperti mengawal pinjaman bahan-bahan perpustakaan, taip-taip, menulis laporan dan sebagainya;
    • Mengemaskini majalah-majalah untuk di jilid;

FUNGSI:

  1. Melahirkan tenaga pekerja mahir dan berketerampilan serta berdisiplin;
  2. Penyediaan pusat sumber dan multimedia yang lengkap dan kondusif;
  3. Penyediaan dan penyelenggaraan sistem maklumat yang cekap;
  4. Penyelenggaraan dan Pembangunan fizikal ICT;
  5. Menjadikan pusat sumber sebagai pusat mengumpul hasil karya ilmiah Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  6. Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pengguna, cekap dan berkesan;
  7. Memastikan semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Komputer secara saksama.

Infomasi Terkini Makluman aktiviti semasa ILPKL

Perkhidmatan Kami Senarai kursus ditawarkan

Muat Turun Dokumen-dokumen berkaitan ILPKL

Pencapaian Kami

ILPKLtelah dianugerahkan Standard Piawai MS ISO 9001:2008 (Skop Persijilan Pengurusan Perkhidmatan latihan Kemahiran Teknikal)

No Persijilan: AR 4409
SIRIM

Hubungi Kami

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
con tel
con fax
emailButton
Tel: 03-7981 7495 / 7496
Faks : 03-7983 2987
Email: aduan@ilpkl.gov.my
icon mobile Anda boleh melayari portal ini melalui aplikasi mobil anda.