Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:
- Menyemai kesedaran pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
- Menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar;
- Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam institut dan di antara institut;
- Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi;
- Membina dan meningkatkan disiplin pelajar;
- Mewujudkan budaya institut yang menarik dan menggembirakan;
- Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara institut dan masyarakat;
- Mewujudkan institut berwatak.