Untuk mencapai matlamat tersebut, berikut adalah beberapa strategi pelaksanaannya:
- Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di institut;
- Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
- Melibatkan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum, yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
- Melibatkan pelajar dan pihak institut dalam aktiviti khidmat masyarakat;
- Melibatkan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), pengajarpengajar dan pelajarpelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
- Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai matlamat yang dikehendaki;
- Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
- Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua pelajar;
- Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
- Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.