Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11 Bahagian 2 Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM (Pindaan 2011) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:
- Sedaya upaya memastikan penambahbaikan kebajikan pelajar secara komprehensif dalam mewujudkan satu suasana yang kondusif melalui kerjasama semua pihak;
- Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar institut;
- Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga ILPKL;
- Menjadi medium perantaraan pelajar dan pihak pengurusan Institut dalam penyampaian informasi yang lebih efektif secara konsisten kepada kedua-dua pihak;
- Menyemarakkan suasana keharmonian di ILPKL melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan kebajikan pelajar;
- Merencanakan pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menyumbang kepada agama, bangsa dan negara;
- Memartabatkan nama institut ke peringkat nasional dan antarabangsa;
- Merancang dan mengendalikan program-program ke arah mewujudkan kerjasama yang padu di antara pelajar dan institut;
- Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan dalam akademik dan berorganisasi;
- Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi institut;
- Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Penasihat MPP dari semasa ke semasa.