Pelajar sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di institut untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan pelajar institut malah untuk negara pada masa depan.
MPP ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpi di masa depan, selain membantu pihak pengurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi pelajar mengemukakan masalah-masalah mereka kepada pengurusan institut.