Dalam membawa hala tuju organisasi ini selaras dengan tujuan utama penubuhannya iaitu untuk meningkatkan kembali idealisme pelajar. MPP LIPKL turut bergerak di atas dasar utama Piagam Pelanggan iaitu:
- Memperjuangkan hak-hak serta kepentingan pelajar;
- Memupuk dan mengeratkan semangat perpaduan dan kerjasama, sama ada melalui individu atau pertubuhan;
- Memperkembangkan konsep kebudayaan ilmu, berfikir dan beramal seterusnya memangkinkan pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek;
- Menjadikan masyarakat "Kami Memimpin" sebagai satu wasilah rahmat kepada seluruh masyarakat sejagat.