VISI
Berusaha membentuk sebuah badan kepimpinan yang berkredibiliti dan merealisasikan budaya integriti berteraskan akauntabiliti dan ketelusan pelajar dalam usaha untuk melahirkan pelajar intelek, rohani dan jasmani sebagai pemangkin kemajuan institut dan negara.
MISI
Mengutamakan akademik dan kebajikan pelajar dengan membentuk keperibadian mahasiswa yang berintegriti melalui hubungan dengan semua warga institut agar pelajar berpeluang menyuarakan pendapat dan hak mereka melalui demokrasi institut yang lebih sistematik dan harmonis serta permasalahan institut dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi merealisasikan visi dan misi institut.