Pada 4 Februari 2021 ILP Kuala Lumpur telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, YBrs. Encik Shakib Bin Ahmad Shakir. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia bermula pada 3 Februari 2021. Kami warga ILP Kuala Lumpur mengucapkan tahniah dan selamat datang di atas pelantikan beliau.