Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur ingin merujuk pemgumuman YB Menteri Kanan Pertahanan berhubung pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang dilanjutkan sehingga 14 Januari 2021.
Selaras dengan pelanjutan PKPB, Pendaftaran Semester Latihan Pelajar Sedia Ada Dan Pelajar Baharu Sesi 2/2020 secara fizikal di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILP Kuala Lumpur) ditangguhkan.
Pendaftaran semester latihan Sesi 2/2020 akan dijalankan secara atas talian pada 4 Januari 2021. Semua pelajar ILP Kuala Lumpur dikehendaki mengisi borang pendaftaran semester (Pendaftaran Online) melalui pautan di bawah. Pastikan semua maklumat diisi dengan lengkap dan betul.
https://forms.gle/qDjFmGrxGjijK5m8A
Sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian akan bermula 4 Januari 2021. Justeru ini, pelajar-pelajar diminta sentiasa bersedia dan perlu mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian di rumah masing-masing. Adalah diingatkan bahawa kehadiran pelajar semasa Kelas Secara Atas Talian ini adalah wajib dan kehadiran akan direkodkan.
Maklumat terkini akan dimaklumkan dari masa ke semasa melalui portal rasmi ILP Kuala Lumpur, www.ilpkl.gov.my.
Sekian, Terima kasih.