Merancang dan mengenalpasti belanjawan dan sumber kewangan.
Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan.
Mengenal pasti ahli-ahli jawatankuasa, pemudah cara dan ketua-ketua zon.
Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah.
Memantau dan menilai kemajuan perlaksanaan (dengan bantuan JK Audit).
Memberi galakan untuk penyertaan dalam aktiviti EKSA (dengan bantuan JK Promosi).
Memperkasakan warga ILPKL dalam membudayakan EKSA di tempat kerja.
KOORDINATOR EKSA
Menyelaras dan menyediakan aktiviti induk EKSA.
Memantau pelaksanaan aktiviti EKSA di setiap Zon mengikut peraturan dan panduan yang digariskan.
Sebagai pemudah cara dalam pelaksanaan EKSA.
Memastikan latihan, promosi dan audit dilaksanakan mengikut perancangan.
Melaporkan pelaksanaan aktiviti EKSA dalam mesyuarat.
JAWATANKUASA LATIHAN EKSA
Mengenalpasti dan merancang program latihan kepada warga ILPKL.
Menyediakan pelan latihan bagi memupuk kefahaman konsep EKSA kepada semua warga kerja ILPKL.
Mengenalpasti jenis latihan yang diperlukan dari masa kesemasa bagi mengukuh aktiviti EKSA serta amalan peningkatan kualiti yang lain. (Keperluan latihan yang diperlukan boleh dirujuk kepada hasil keputusan audit dalaman EKSA).
Menyelaras dan memastikan setiap warga kerja diberi peluang untuk menghadiri latihan.
JAWATANKUASA AUDIT EKSA
Menyediakan kriteria senarai semak proses audit dan garis panduan pelaksanaan audit.
Melantik Auditor dalaman EKSA.
Merancang aktiviti audit dalaman EKSA.
Mencadangkan penambahbaikan terhadap kelemahan-kelemahan yang dikenalpasti semasa proses audit.
Melakukan pemeriksaan dan tindakan susulan jika perlu.
Menyediakan laporan keseluruhan audit kepada Jawatankuasa pemandu EKSA.
Menyemak kriteria audit dari masa kesemasa mengikut keperluan.
Memastikan Audit EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan.
JAWATANKUASA PROMOSI EKSA
Merancang dan menyediakan pelan perlaksanaan aktiviti promosi EKSA.
Merancang dan memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan aktiviti promosi dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang.
Merancang dan menganjurkan pertandingan EKSA (kebersihan, poster, banner dan lain-lain).
Mencadangkan ganjaran yang bersesuaian kepada yang layak.
Menganalisis keberkesanan aktiviti promosi yang telah dilaksanakan.
Melaporkan status pelaksanaan aktiviti dan tahap kesedaran EKSA dalam kalangan warga kerja kepada Jawatankuasa Pemandu EKSA.
FASILITATOR EKSA
Membantu dan memantau Jawatankuasa Latihan, Promosi dan Audit di dalam aspek teknik implimentasi EKSA di setiap Zon.
Sebagai tempat rujukan berkenaan Amalan EKSA/5S.
KETUA ZON DAN SETIAUSAHA ZON
Sebagai urusetia mesyuarat Jawatankuasa EKSA peringkat Zon.
Menyelaraskan Program EKSA peringkat Zon.
Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan EKSA kepada fasilitator Zon.
Mencatat dan menyimpan rekod utama dan minit berkaitan dengan pelaksanaan EKSA.
Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit di peringkat Zon.
Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan EKSA dalam Zonmasing-masing.