𝟏 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟓 || 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 || 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐎𝐍𝐆𝐒𝐈𝐀𝐍 𝐈𝐋𝐌𝐔 "𝐄𝐗𝐏𝐄𝐑𝐈𝐄𝐍𝐂𝐄 𝐒𝐇𝐀𝐑𝐈𝐍𝐆" 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐀𝐋𝐔𝐌𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟏/𝟐𝟎𝟏𝟒 Program perkongsian ilmu bertajuk "Experience Sharing" bersama Saudara Luqman bin Samli, alumni Teknologi Pembuatan Sesi 1/2014, telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. 📅 Tarikh: 1 Ogos 2025 (Jumaat) 🕙 Masa: 10.00 pagi 📍 Tempat:Bilik Seminar 1, ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur Semua pelajar Pembuatan Semester 1, 2 dan 4 telah hadir. Semoga ilmu dan pengalaman dalam bidang pemesianan CNC selama hampir 10 tahun dan melayakkan dia menjadi Jurutera Pemesin CNC di industri multinasional telah dikongsikan memberi inspirasi serta motivasi kepada semua untuk terus cemerlang dalam bidang masing-masing.
Kepada pelajar keluaran Sesi 1/2024 dan Sesi 2/2024!!! jangan lupa ya, tarikh akhir pendaftaran Konvokesyen adalah pada 𝟏𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓. Bagi yang belum daftar, jom lengkapkan segera supaya semuanya berjalan lancar nanti. Kami tak sabar nak raikan kejayaan anda semua!
𝟑𝟎 𝐉𝐔𝐋𝐀𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟓 || 𝐀𝐔𝐓𝐎𝐌𝐎𝐓𝐈𝐅 || 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐉𝐓𝐌 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 𝐒𝐞𝐫𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐞𝐛𝐢𝐭𝐚𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐀𝐮𝐭𝐨𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟 𝐄𝐕 𝐝𝐢 𝐈𝐧𝐟𝐢𝐧𝐢𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐓𝐌 ADTEC JTM Kampus Kuala Lumpur terus mengorak langkah ke hadapan apabila pengajar dan pelajarnya dijemput menyertai siaran langsung rancangan bual bicara remaja popular, Infiniteen, terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Rancangan tersebut bersiaran secara langsung dari Studio M2, Angkasapuri Kota Media, melalui saluran TV Okey dan platform RTM Klik.