ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS
  • Iklan Kemasukan Sesi 2/2025

  • Banner JIMs

  • ACCT Daikin

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran
30
Jan2024

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Berita / Aktiviti Semasa
30
Jan2024

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐑𝐈𝐂𝐊𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃𝐒

Berita / Aktiviti Semasa
24
Dis2023

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐎𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

Berita / Aktiviti Semasa

facebook.com/LAMANRASMIILPKL

facebook.com/ilpklmotorsport

instagram.com/ilp_kualalumpur

youtube.com/LamanRasmiILPKL

1
Jaringan Industri

Jaringan Industri

2
Hubungan Strategik

Hubungan Strategik

3
Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

4
Tender & Sebutharga

Tender & Sebutharga

Organisasi

Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan

  • Cetak
  • Emel

Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan-CESS

  • Menyediakan khidmat sokongan pekerjaan kepada pelajar
  • Menyelaras penempatan latihan industri
  • Menyelaras lawatan industri pelajar
  • Menghebahkan maklumat kekosongan dan pencarian kerja
  • Menganjur, Menyelaras seminar berkaitan kerjaya, kaunseling pekerjaan dan lain-lain yang berkaitan
  • Menyelaras program dan aktiviti komuniti setempat
  • Menguruskan pengeluaran sijil berhenti pelajar

Kebolehkerjaan

  • Menyedia dan menyelaras data-data graduan
  • Menyelaras dan melaksanakan kajian pengesanan graduan melalui e-TOS
  • Menyedia dan menganalisa maklumat graduan, pekerjaan dan statistik kejayaan pelajar
  • Menjana statistik graduan bagi tujuan laporan

Jabatan Mekanikal

  • Cetak
  • Emel

Jabatan Mekanikal (JM) ILP Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing. Graduat yang dihasilkan oleh JM ILP Kuala Lumpur sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.

Jabatan Mekanikal (JM) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu:-

  1. Bahagian Teknologi Pembuatan
  2. Bahagian Teknologi Kimpalan Arka & Gas
  3. Bahagian Teknologi Automotif
  4. Bahagian Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal

Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil. Jabatan ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak. Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah:-

  1. Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
  2. Sijil Teknologi Kimpalan Arka dan Gas
  3. Sijil Teknologi Automotif
  4. Sijil Teknologi Mekanik Industri
  5. Diploma Teknologi Automotif

Maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, sila KLIK DI SINI.

Life Long Learning

  • Cetak
  • Emel

PERANAN

  • Menyelaras, Menguruskan aktiviti-aktiviti latihan Separuh Masa
  • Menguruskan pengeluaran sebutharga latihan
  • Memantau aktiviti pelaksanaan latihan separuh masa
  • Menyelaras aktiviti perkongsian peralatan-Training Cum Production
  • Pengurusan Rekod dan Maklumat
  • Pengurusan Persijilan

Bahagian Khidmat Pengurusan

  • Cetak
  • Emel

OBJEKTIF:

Bahagian ini bertanggungjawab dalam hal ehwal yang berkaitan dengan pentadbiran dan pengurusan umum Institut termasuk pentadbiran pejabat, pentadbiran kakitangan, kursus, kewangan, pengawalan stor, pemeliharaan kenderaan dan bangunan perkhidmatan, perjawatan, gaji, penilaian prestasi, perbelanjaan, disiplin dan lain-lain yang berkaitan dengan pembangunan insan.

Bahagian ini juga berperanan memberikan perkhidmatan dan bantuan yang efisyen dan seterusnya meningkatkan keberkesanan pentadbiran, pengurusan dan perancangan sumber tenaga manusia, kewangan, peralatan teknologi maklumat di ILP Kuala Lumpur dan dilaksanakan dengan telus, cepat, tepat dan teratur mengikut peraturan dan dasar kewangan selaras dengan piawaian nasional serta piagam pelanggan.

Bahagian ini juga bertindak selaku Urusetia kepada Jawatankuasa Pengurusan, Jawatankuasa Perkembangan Sumber Manusia, Lembaga Perjawatan dan tatatertib.

FUNGSI:

PENTADBIRAN

  • Berusaha meningkatkan sistem pentadbiran dan pengurusan bagi mencapai kecekapan dan keberkesannya.
  • Menyelaras dan menyusun tugas dan tanggungjawab pegawai dan kakitangan dalam institut.
  • Mempertingkatkan dan memperbaiki sistem, kaedah, peraturan serta procedur kerja bagi mencapai kecemerlangan.
  • Sentiasa berusaha bagi mempertingkatkan sistem maklumat, pengurusan fail serta dokumen-dokumen terbuka dan terperingkat, sistem rekod perkhidmatan dan sebagainya.
  • Menguruskan perkara-perkara yang berkaitan perkhidmatan kakitangan seperti perjawatan, persaraan dan kenaikan pangkat.
  • Melaksanakan perkara-perkara berkaitan pengurusan pentadbiran am seperti urusan surat-menyurat, kebersihan pejabat dan keselamatan ruang pejabat.
  • Menguruskan permohonan tempahan dan penyenggaraan Kenderaan jabatan dan kenderaan rasmi.
  • Menjalin hubungan dengan pihak dalam dan luar institut dalam melaksanakan dasar-dasar institut dan kerajaan.
  • Menghadiri mesyuarat dengan agensi-agensi kerajaan dan swasta jika diperlukan.

KEWANGAN

  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan seperti perbelanjaan mengurus dan perbelanjaan pembangunan.
  • Urusan Penyediaan Laporan Bajet Secara Bulanan dan Tahunan Kepada Kementerian Sumber Manusia.
  • Menyelaras perakuan bagi kelulusan Pegawai Pengawal atau Perbendaharaan.
  • Mengurus pembayaran Peruntukan Pembangunan, Waran Peruntukan, Pindah Peruntukan.
  • Menyediakan dan mengemukakan penyata penyesuaian Bulan Vot akaun pusat ke JANM.
  • Menyediakan laporan perbelanjaan suku tahun kepada Perbendaharaan.
  • Urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun.

Unit Pemasaran & Penerbitan

  • Cetak
  • Emel

Pemasaran

  • Merancang aktiviti promosi dan pemasaran program-program latihan di media massa dan di pelbagai agensi
  • Mengadakan lawatan promosi dipelbagai agensi kerajaan dan swasta
  • Menyelaras lawatan-lawatan sambil belajar
  • Menyelaras penjadualan kerja bagi UTC
  • Menyertai aktiviti pameran dan ceramah dari masa ke semasa

Penerbitan

  • Menyelaras buletin dan penerbitan bagi tujuan pemasaran dan promosi
  • Menyelaras dan mengurus Rekod dan Maklumat serta bahan-bahan promosi
  • Bekerjasama dengan Jabatan/Bahagian Latihan dalam menyediakan maklumat bagi tujuan penerbitan dan pemasaran
  • Menyelaras penyebaran maklumat dalam dan luar institut
  • Pengurusan rekod dan maklumat berkaitan

Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset

  • Cetak
  • Emel

OBJEKTIF:

Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset ILP Kuala Lumpur berperanan mengurus dan menyelaras pembangunan kemahiran dan penyelenggaraan aset di ILP Kuala Lumpur merangkumi keperluan dan kemudahan latihan (bangunan, kemudahan fizikal, mesin dan peralatan latihan).

FUNGSI:

Pada keseluruhannya, BPPA bertanggungjawab menyediakan perancangan pembangunan kemudahan latihan, pembangunan infastruktur, pengurusan dan penyelenggaraan aset agar program latihan kemahiran yang dijalankan lebih berkualiti, berkesan dan berjaya mencapai objektif penubuhannya.

Antara tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan merangkumi aspek berikut:

PENGURUSAN ASET KERAJAAN

  • Mengurus , menyelia , memproses dan memantau perlaksanaan aktiviti Pembangunan dan Penyelenggaraan Aset bagi semua kemudahan dan infrastruktur di ILP Kuala Lumpur.
  • Menyelaras, mengurus, menyelia dan memantau Perolehan Stok, Inventori & Aset Institut di bawah seliaan Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset.
  • Mengurus Keselamatan Bangunan & Harta Benda Institut.
  • Mengurus Proses Pelupusan Peralatan.

PENGURUSAN PEROLEHAN PERALATAN, BAHAN LATIHAN & PERKHIDMATAN INSTITUT

  • Merancang dan mengesyorkan pembelian, pembangunan peralatan dan bahan latihan termasuk kemudahan saintifik dan matematik, pembangunan dan kemudahan konvensional/fizikal, serta keperluan/kemudahan masa depan.
  • Terlibat sebagai Urusetia Jawatankuasa Sebut Harga Institut.

PENYELENGGARAAN

  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua kemudahan infrastruktur di UMS-Kal agar sentiasa dalam keadaan yang selamat, selesa, bersih dan bebas daripada kerosakan yang boleh membahayakan dan menjejaskan keperluan pelanggan serta imej ILP Kuala Lumpur.
  • Mengawalselia dari semasa ke semasa semua aset dan inventori BPPA supaya sentiasa dalam keadaan yang baik dan sempurna.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Peralatan.
  • Memantau aktiviti Penyelenggaraan Bangunan & Kemudahan Asas.

PEMBANGUNAN

  • Membuat perancangan, penyeliaan yang bersepadu selaras dengan kehendak pelanggan dan perkembangan semasa di ILP Kuala Lumpur.
  • Membuat Cadangan Pembangunan Infrastruktur & Naik Taraf Institut.

Unit Jaringan dan Kerjasama

  • Cetak
  • Emel

PERANAN

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan aktiviti-aktiviti jaringan dan kerjasama dengan pelbagai agensi
  • Menyelaras dan memantau kerjasama melalui Smart Partnership, MOU, MOA dan lain-lain
  • Menguruskan dokumentasi kerjasama (MOU,MOA dll)
  • Mencari peluang-peluang baru jaringan dan kerjasama

Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan

  • Cetak
  • Emel

 

OBJEKTIF:

Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan ILP Kuala Lumpur berperanan menyelia dan mengawal mutu latihan yang dijalankan di ILP Kuala Lumpur agar ianya selaras dengan piawaian yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Tenaga Manusia. Selain itu, bahagian ini juga berperanan menyediakan pembangunan bahan latihan / panduan pembelajaran dan pengajar supaya latihan berjalan lancar dan dapat melahirkan tenaga mahir yang berketrampilan.

FUNGSI:

FUNGSI

  • Menguruskan persijilan pelajar dan pusat bertauliah dalam melaksanakan Sistem Penilaian Berterusan dan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Menyelaras aktiviti Business Plan di peringkat ILP Kuala Lumpur.
  • Menguruskan pendaftaran Pusat pentauliahan bagi ILP Kuala Lumpur.
  • Merangka rekabentuk dan pembangunan kurikulum latihan.
  • Menyelaras Jawatankuasa Penasihat peringkat Institut dalam pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia.
  • Melaksanakan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan latihan vokasional di peringkat ILP Kuala Lumpur.
  • Menyelaras Perlaksanaan CGPA.
  • Menyelaras KAWALAN DOKUMEN DAN PERLAKSANAAN MS ISO 9001:2000.
  • Mengawal mutu dan kawalan latihan mengikut standard NOSS/ Silibus ILJTM.
  • Memastikan Pensijilan bagi kursus yang dijalankan mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran tenaga kerja sedia ada.
  • Memastikan Persijilan bagi kursus yang di jalankan mengikut piawaian kemahiran kebangsaan (SKM, Suruhanjaya Tenaga, dan CIDB)
  • Menentukan dan menetapkan kursus-kursus modular, Customized dan jangka pendek mengikut keperluan industri untuk tujuan peningkatan kemahiran Tenaga kerja sedia ada
  • Membangun, menilai, menyelaras dan Mengembangkan kurikulum Latihan kemahiran pengajar.
  • Menyelaras, mengenalpasti dan membangun kemahiran Tenaga Pengajar untuk bidang-bidang yang baru.
  • Menyedia, menyelaras dan mengawal selia pengunaan Learning Guide, Written Instructional Material (WIM), Teaching Material dan Teaching Aids.
  • Penyelarasan Jadual Peperiksaan
  • Penyelarasan Lawatan Naziran & PPL
  • Merekod Keputusan Penilaian & Peperiksaan
  • Menyelaras dan mengawal standard soalan dan kaedah penilaian
  • Mengurus Jawatankuasa Peperiksaan & Persijilan

Bahagian Community and Employment Support Service (CESS)

  • Cetak
  • Emel

 

Bahagian Community and Employment Support Service (CESS) ditubuhkan bagi merapatkan hubungan industri dengan ILP supaya bidang-bidang latihan sedia ada dapat dipasarkan keperingkat kebangsaan dan global. Bahagian ini juga akan bertindak sebagai perantara dan sentiasa mempromosi, meningkat dan memperkukuhkan hubungan, kerjasama dan jaringan dua hala diantara ILP dengan industri dalam usaha membantu melatih, pemasaran dan pekerjaan pelatih.

Bahagian ini juga berperanan untuk merancang dan mengatur penyertaan pelajar keprogram atau aktiviti yang membantu pembangunan diri sebagai persediaan sebelum menceburi dunia kerjaya. Bahagian ini juga mengumpul maklumat dan data berkaitan pembangunan kerjaya sebagai sumber rujukan kepada pelajar dan graduan.

Melalui kepakaran yang ada, Bahagian ini bertindak menyelaras aktiviti-aktiviti latihan separuh masa dari penyertaan pekerja-pekerja dipelbagai sektor awam dan swasta dibawah program life long learning.

Bahagian ini juga bertindak sebagai penyelaras bagi latihan industri pelajar-pelajar. Jesteru ianya sebagai medium perantaraan antara ILP dan industri dan sentiasa meningkatkan mutu perkhidmatan dan penyampaian bagi membantu ILP mencapai  kecemerlangan.

PERANAN

  • Bertindak sebagai perantara organisasi/institusi dengan agensi luar dalam mengwujud dan memperluaskan jaringan dan kerjasama
  • Menjalankan program-program promosi dalam memperluas dan memperkukuhkan jaringan serta imej organisasi
  • Menggalak dan menyelaras program dan aktiviti latihan sepenuh masa dan separuh masa
  • Memperkukuhkan pengurusan dan peranan Khidmat Sokongan Komuniti dan Pekerjaan (CESS)
  • Menyelaras dan memperluaskan pelaksanaan latihan industri
  • Menyelaras dan memperkukuhkan aktiviti employabiliti dan kebolehkerjaan dalam memperkayakan pelajar dengan kemahiran “soft skills”
  • Menguruskan data-data dan statistik organisasi/institut

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan

  • Cetak
  • Emel

OBJEKTIF:

Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan memainkan peranan penting dalam melancarkan segala program latihan kemahiran ILP Kuala Lumpur bagi menyokong permintaan yang banyak dari industri swasta dan amnya dari sektor awam bagi merealisasi objektif pusat latihan dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir. Sehubungan dengan itu, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan mempunyai beberapa tujuan bagi memantapkan aktivitinya selaras dengan perkembangan sektor latihan kemahiran negara.

FUNGSI:

FUNGSI

  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, elaun, perlindungan takaful berkelompok, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menyelaras pengambilan pelajar sebanyak dua (2) kali setahun untuk pengambilan Januari dan Julai yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat tawaran dan pendaftaran pelajar-pelajar yang berjaya.
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTP).
  • Menyelia Sistem Pengurusan Latihan (TMS) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara atas talian (online).

TANGGUNGJAWAB

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan sokongan khususnya dalam aspek:

PENGAMBILAN DAN PENDAFTARAN PELAJAR

  • Menyediakan Kalendar Latihan Tahunan.
  • Menguruskan pengambilan Pelajar Baru.
  • Menyelia urusan pendaftaran pelajar-pelajar baru dan sedia ada.
  • Menyelaras Minggu Sillaturahim (MSR) pelajar-pelajar baru.
  • Menyediakan rekod, laporan dan statistik pengambilan pelajar.
  • Menyelaras dan mengendalikan urusan pengambilan, rekod dan mengemaskini maklumat pelajar.

HAL EHWAL DAN KEBAJIKAN PELAJAR

  • Mengendalikan kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, elaun, perlindungan takaful berkelompok, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menguruskan borang perjanjian dan elaun pelajar.
  • Menguruskan permohonan PTPK pelajar.
  • Mengawalselia disiplin pelajar.
  • Menyelia majlis Perwakilan Pelajar meliputi proses pengundian, perlantikan, pembubaran dan aktiviti majlis berkenaan.
  • Menguruskan graduan institut untuk Majlis konvokesyen.

KO-KURIKULUM DAN AKTIVITI PELAJAR

  • Menyelia aktiviti ko-kurikulum pelajar.
  • Menyelia aktiviti pelajar.
  • Merancang program pembangunan insan dan aktiviti Kemasyarakatan kepada pelajar.

Jabatan Pengajian Am

  • Cetak
  • Emel

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am (JPA) adalah jabatan akademik sokongan yang bertanggungjawab membantu jabatan akademik induk dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. JPA mempunyai misi yang penting bagi menyediakan pendidikan secara formal dan tidak formal bagi modul Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Matematik Kejuruteraan, sains Kejuruteraan, Aplikasi Komputer dan juga Bahasa Inggeris.

Jabatan yang mempunyai misi yang penting ini disasarkan melahirkan warga Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur serta bakal tenaga kerja mahir yang berkeperibadian mulia dengan penerapan nilai-nilai Islam dan moral melalui proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau tidak. Ia juga bakal merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara dalam mencapai wawasan yang diidamkan. Bagi aplikasi globalisasi, para pelajar didedahkan kepada penggunaan Bahasa Inggeris yang bakal melariskan mereka di pasaran kerja kelak. Ia bakal menaikkan imej Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan para graduasi ke peringkat yang lebih baik.

Objektif

  • Melahirkan individu yang berilmu pengetahuan , berketerampilan dan berakhlak mulia serta berkebolehan menggunakan Bahasa Inggeris secara praktikal dan dalam penulisan
  • Memberi pendedahan agama dan moral serta melahirkan tenaga kerja yang berkebolehan, jujur, amanah serta bersahsiah mulia dan berperibadi profesional
  • Memberi kemahiran asas komputer untuk digunakan sepanjang pembelajaran di Politeknik
  • Menerapkan kemahiran matematik untuk digunakan dalam bidang kejuruteraan
  • Memberi pendedahan tentang sains untuk juruteknik yang menjurus kepada penggunaannya dalam bidang kejuruteraan
  • Menyepadukan ilmu-ilmu akademik dengan nilai-nilai murni seperti amanah, sikap bertanggungjawab dan berdikari bagi melahirkan individu yang mempunyai keterampilan dan sahsiah yang baik selari dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Meningkatkan kompetensi berkomunikasi pelajar-pelajar dalam Bahasa Inggeris Teknikal dalam memenuhi keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Tenaga Manusia

Tanggungjawab

  • Bertanggungjawab kepada Pengarah di Institusi Jabatan Tenaga Manusia dalam menyelaraskan kegiatannya institusi sebagaimana yang ditentukan.
  • Bertanggungjawab dalam penyediaan dan menjalankan program latihan bagi subjek umum mengikut keperluan yang diarahkan oleh Pengarah.
  • Bertanggungjawab secara terus tentang mutu dan keberkesanan program / latihan subjek umum yang dijalankan.
  • Merancang, merangka dan membangun kurikulum dan bahan latihan program subjek umum.
  • Bekerjasama dengan kakitangan yang diberi kuasa dalam Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan dan pembuatan alat bantuan pembelajaran.
  • Bekerjasama dengan Bahagian Pengurusan Latihan dalam penyediaan jadual-jadual kelas.
  • Mengendali kelas dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya dan mengemaskini bahan latihan dan peralatan pembelajaran.
  • Menyertai aktiviti pentadbiran dan kebajikan / rekreasi dalam Bahagian Pengurusan Latihan.
  • Menyempurnakan lain-lain tugas atau menerima lain-lain tanggungjawab bagi kepentingan Bahagian Pengurusan Latihan dari masa ke semasa.

Kursus-kursus yang ditawarkan

  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Matematik Kejuruteraan
  • Sains Kejuruteraan
  • Bahasa Inggeris
  • Aplikasi Komputer

Bahagian Pusat Sumber & Multimedia

  • Cetak
  • Emel

OBJEKTIF:

Merealisasikan objektif-objektif pusat dengan menyediakan perkhidmatan sokongan dan kemudahan-kemudahan khususnya dalam bahagian komputer, multimedia  dan perpustakaan.

Ini termasuklah dalam penyediaan dan pengendalian latihan kepada semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dalam melahirkan tenaga kerja yang mahir dalam bidang Teknologi Maklumat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran seiring dengan perubahan teknologi semasa. Bahagian Pusat Sumber & Multimedia (BPSM) terbahagi kepada dua bahagian iaitu :-

Unit Teknologi Maklumat dan Multimedia

  • Mengurus sistem rangkaian (LAN & WAN), komputer termasuk perisian dan perkakasan, pencetak, dan lain-lain teknologi maklumat Jabatan, pegawai dan kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur serta penyelenggaraannya;
  • Mengurus sistem portal laman web, sistem emel, data pegawai dan pelajar, E-Learning dan projek ICT Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  • Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Latihan (TMS) di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  • Mengurus peralatan AVA di Studio, Dewan Kuliah Utama dan Dewan Serbaguna;
  • Menjadi urusetia penggambaran;
  • Menyedia kursus ICT kepada masyarakat setempat;
  • Menyelaras pengajaran Applikasi Komputer kepada pelajar ILP Kuala Lumpur.

Perpustakaan

  • Mengurus perpustakaan ILP Kuala Lumpur sebagai tempat rujukan oleh pensyarah, pelajar dan peserta kursus;
  • Menguruskan pembelian buku-buku, majalah serta bahan perpustakaan yang lain , termasuk membuat pesanan merekod, mengkatalog menghantar peringatan dan sebagainya;
  • Mengesan dan mendapatkan maklumat artikal bahan perpustakaan yang diperlukan oleh pengguna perpustakaan;
  • Mengurus kerja-kerja pentadbiran dan penyeliaan perkhidmatan perpustakaan seperti mengawal pinjaman bahan-bahan perpustakaan, taip-taip, menulis laporan dan sebagainya;
  • Mengemaskini majalah-majalah untuk di jilid;

FUNGSI:

Fungsi

  • Melahirkan tenaga pekerja mahir dan berketerampilan serta berdisiplin;
  • Penyediaan pusat sumber dan multimedia yang lengkap dan kondusif;
  • Penyediaan dan penyelenggaraan sistem maklumat yang cekap;
  • Penyelenggaraan dan Pembangunan fizikal ICT;
  • Menjadikan pusat sumber sebagai pusat mengumpul hasil karya ilmiah Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang mesra pengguna, cekap dan berkesan;
  • Memastikan semua kakitangan dan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dapat menikmati kemudahan perkhidmatan Perpustakaan dan Pusat Komputer secara saksama.

Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan

  • Cetak
  • Emel

Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan (JEKP) ILP Kuala Lumpur merupakan satu jabatan yang penting dalam menjalankan tanggungjawabnya untuk menghasilkan modal insan negara yang berkualiti dan berdaya saing. Graduat yang dihasilkan oleh JEKP ILP Kuala Lumpur sering mendapat permintaan tinggi dari sektor awam dan sektor swasta negara. Jabatan ini telah melahirkan ribuan graduan yang kompetitif sejajar dengan kehendak Visi dan Misi Jabatan. Dengan pengembangan pesat pembangunan negara, ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan dalam mengeluarkan tenaga mahir negara yang berkemahiran tinggi dan bersahsiah tinggi selaras dengan moto Jabatan sebagai Peneraju Kemahiran Terbilang.

Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan (JEKP) diterajui oleh seorang Ketua Jabatan yang dibantu oleh empat orang Ketua Bahagian disamping barisan tenaga pensyarah yang berkemahiran tinggi dan berpengalaman. Jabatan ini terdiri daripada empat bahagian iaitu:-

  1. Bahagian Teknologi Cetak & Grafik
  2. Bahagian Teknologi Komputer (Sistem)
  3. Bahagian Teknologi Elektrik
  4. Bahagian Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

Jabatan ini menawarkan pengajian kemahiran di peringkat Sijil dan Diploma. Jabatan ini membekalkan pelajar dengan pelbagai kemahiran bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran pekerjaan yang serba mencabar apabila tamat pengajian kelak. Antara program yang ditawarkan oleh jabatan ini adalah:-

  1. Sijil Teknologi Percetakan (Grafik)
  2. Sijil Teknologi Percetakan (Offset)
  3. Sijil Teknologi Komputer (Sistem)
  4. Sijil Teknologi Elektrik
  5. Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
  6. Diploma Teknologi Elektrik Kuasa

Maklumat lanjut berkenaan program yang ditawarkan, sila KLIK DI SINI.

Sub-kategori

  • Bahagian Pentadbiran dan Kewangan
  • Jabatan Mekanikal

    Jabatan Mekanikal terdiri daripada 4 cabang bidang utama di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) iaitu Teknologi Pembuatan, Teknologi Automotif, Teknologi Kimpalan dan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal.

    • Jabatan Pengajian Am
  • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan

    Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan terdiri daripada 4 cabang bidang utama di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) iaitu Teknologi Cetak & Grafik, Teknologi Komputer (Sistem), Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara.

  • Jabatan Pengurusan Sumber

    Jabatan Pengurusan Sumber terdiri daripada 6 cabang Bahagian Pusat Sumber & Multimedia, Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan, Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan, Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset, Bahagian Hubungan Industri & Komunikasi Koporat dan Bahagian Pengurusan Psikologi.

    • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
    • Bahagian Kawalan Kualiti Latihan
    • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
    • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
    • Bahagian Hubungan Industri dan Komunikasi Korporat
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Makluman Semasa
  • Perkhidmatan Kami
  • Program Sepenuh Masa
  • Pekeliling
  • Statistik
  • e-Penyertaan
  • Sebut Harga
  • Audiografi
  • Pengumuman
  • Aktiviti Terkini
  • Maklumat Korporat
  • Peluang Kerjaya
  • Galeri
  • Infomasi ILPKL
  • Videoagrafi
  • Penerbitan
  • Program Separuh Masa
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 33 | Minggu Ini: 169 | Bulan Ini: 1469 | Keseluruhan: 15084845

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Utama