ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS
  • Iklan Kemasukan Sesi 2/2025

  • Banner JIMs

  • ACCT Daikin

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran
30
Jan2024

๐๐ž๐ง๐๐š๐Ÿ๐ญ๐š๐ซ๐š๐ง ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐’๐ž๐ฌ๐ข ๐Ÿ/๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’

Berita / Aktiviti Semasa
30
Jan2024

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐๐Ž๐‹๐ˆ๐’ ๐๐‘๐ˆ๐‚๐Š๐…๐ˆ๐„๐‹๐ƒ๐’

Berita / Aktiviti Semasa
24
Dis2023

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐ƒ๐„๐‹๐„๐†๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐ ๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐Š๐Ž๐Ž๐‘๐ƒ๐ˆ๐๐€๐’๐ˆ ๐ƒ๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐Ž๐‘ ๐‰๐”๐‘๐”๐“๐„๐‘๐€ ๐„๐‹๐„๐Š๐“๐‘๐ˆ๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐‰๐„๐๐“๐„๐‘๐€ ๐ƒ๐ˆ๐‘๐€๐‰๐€

Berita / Aktiviti Semasa

facebook.com/LAMANRASMIILPKL

facebook.com/ilpklmotorsport

instagram.com/ilp_kualalumpur

youtube.com/LamanRasmiILPKL

1
Jaringan Industri

Jaringan Industri

2
Hubungan Strategik

Hubungan Strategik

3
Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

4
Tender & Sebutharga

Tender & Sebutharga

Badan / Majlis

Perlantikan JK MPP 2018

  • Cetak
  • Emel

Perlantikan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpurย Tahun 2018, pihak ILPKL mengucapkan tahniah diatas perlantikan anda semua dan semoga dengan perlantikan ini, saudara/saudari dapat bersama-sama melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan cemerlang dan menepati tujuan perlantikan ini.

Matlamat Aktiviti Kokurikulum

  • Cetak
  • Emel

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Antara matlamat yang hendak dicapai ialah seperti berikut:

  • Menyemai kesedaran pelajar terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan;
  • Menyeimbangkan antara perkembangan mental  dengan perkembangan rohani, jasmani dan emosi pelajar;
  • Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan pelajar dalam institut dan di antara institut;
  • Membina dan meningkatkan minat dan bakat pelajar dalam aktiviti yang diceburi;
  • Membina dan meningkatkan disiplin pelajar;
  • Mewujudkan budaya institut yang menarik dan menggembirakan;
  • Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara institut dan masyarakat;
  • Mewujudkan institut berwatak.

Kadar Bayaran Sumbangan

  • Cetak
  • Emel

Berikut adalah kadar bayaran sumbangan yang diluluskan oleh Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan ILPKL kepada ahli-ahli.

HADIAH ANAK CEMERLANG

PEPERIKSAANKEPUTUSAN (MINIMUM)IMBUHAN (RM)
UPSR 5A 80
PMR/PT3 6A 100
SPM 6A 150
STPM 4A 150

SUMBANGAN BUKU LATIH TUBI KEPADA ANAK YANG MENDUDUKI PEPERIKSAAN

PEPERIKSAANNILAI BUKU (RM)
UPSR 20
PMR/PT3 30
SPM 40
STPM 50

 

PERKAHWINAN

  1. Perkahwinan ahli untuk kali pertama sahaja. (RM50)

HADIAH HARI LAHIR

  1. Bergantung kepada kewangan semasa

KELAHIRAN CAHAYA MATA

  1. Dibayar atas kelahiran pertama sahaja.(RM50)

KHAIRAT KEMATIAN

  1. Kematian suami/isteri, ibu bapa, anak-anak, ibu mentua dan bapa mentua yang berdaftar dengan kerajaan (warganegara) beserta sijil kematian. (RM100.00)

BERPINDAH

  1. Ahli BKSK yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun (RM100.00)
  2. Ahli BKSK yang telah berkhidmat kurang 10 tahun (RM50.00)

BERSARA

  1. Ahli BKSK yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun (RM200.00)
  2. Ahli BKSK yang telah berkhidmat kurang 10 tahun (RM100.00)

Konsep Aktiviti Kokurikulum

  • Cetak
  • Emel

Aktiviti kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum institut, dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik kuliah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa pelajar tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik kuliah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilaiยญnilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua pelajar dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

  • Semua pelajar harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);
  • Semua pelajar mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan;
  • Semua pelajar boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya;
  • Institut bertanggungjawab melahirkan pelajar untuk keperluan masyarakat dan negara;
  • Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik pelajar.

Matlamat BKSK

  • Cetak
  • Emel

Matlamat Penubuhan

Matlamat badan ini adalah tertumpu kepada dua aspek utama iaitu kebajikan dan sukan, antaranya adalah:-

  • Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi di dalam kesatuan sekerja kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
  • Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani dan pelajaran dikalangan kakitangan menurut kegiatan atau persatuan;
  • Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli-ahli badan melalui aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan kebajikan.

Tujuan dan Dasar

  • Untuk menyatupadukan dan mengeratkan perhubungan silaturrahim semua pegawai dan kakitangan di dalam bidang kebajikan, sukan dan rekreasi;
  • Mempereratkan semangat persahabatan dan persefahaman di antara kakitangan-kakitangan;
  • Meninggikan dan memelihara akhlak, jasmani dan kebajikan ahli-ahli Badan;
  • Menganjurkan kegiatan-kegiatan kebajikan, kebudayaan dan sukan;
  • Berusaha pada mendokong dan meninggikan syiar Islam dan bergiat mengikut landasan-landasan Islam;
  • Menggalakkan dan memberi pimpinan serta mengadakan rancangan-rancangan, persediaan-persediaan dan juga kemudahan-kemudahan bagi ahli-ahli dalam lapangan Kebajikan kemasyarakatan, Sukan dan Rekreasi;
  • Mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan sukan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada masyarakat, Badan Kebajikan dan ahli-ahli;
  • Menggalakkan semangat kesukanan dan persaudaraan dalam pertandingan-pertandingan atau peraduan-peraduan yang diadakan; dan
  • Badan ini tidak melibatkan dirinya dalam kegiatan-kegiatan politik atau mendampingi mana-mana pertubuhan, cawangan atau bahagian parti politik.

Visi dan Misi

  • Cetak
  • Emel

VISI

Berusaha membentuk sebuah badan kepimpinan yang berkredibiliti dan merealisasikan budaya integriti berteraskan akauntabiliti dan ketelusan pelajar dalam usaha untuk melahirkan pelajar intelek, rohani dan jasmani sebagai pemangkin kemajuan institut dan negara.

MISI

Mengutamakan akademik dan kebajikan pelajar dengan membentuk keperibadian mahasiswa yang berintegriti melalui hubungan dengan semua warga institut agar pelajar berpeluang menyuarakan pendapat dan hak mereka melalui demokrasi institut yang lebih sistematik dan harmonis serta permasalahan institut dapat diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi merealisasikan visi dan misi institut.

Pengenalan BKSK

  • Cetak
  • Emel

logo bksk

Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Alamat berdaftarnya ialah Institut Latihan Perindustrian, Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur. BKSK merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan warga kerja institut sama ada berbentuk moral atau kebendaan di samping merancang dan menjayakan aktiviti-aktiviti riadah yang lain untuk ahli-ahlinya melalui aktiviti jasmani dan rohani yang melibatkan individu dan juga perpasukan.

Selaras dengan matlamat pertubuhan, ahli jawatankuasa melalui empat biro utama BKSK iaitu Biro Kebajikan, Biro Korporat, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Promosi dan Seranta telah sedaya upaya untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran seperti kekangan masa, kewangan dan tuntutan tugas masing-masing.

Objektif Penubuhan

  • Cetak
  • Emel

Seperti yang dinyatakan dalam Perkara 11 Bahagian 2 Peraturan Tatatertib Pelajar ILJTM (Pindaan 2011) menyatakan tujuan dan fungsi MPP antaranya ialah:

  • Sedaya upaya memastikan penambahbaikan kebajikan pelajar secara komprehensif dalam mewujudkan satu suasana yang kondusif melalui kerjasama semua pihak;
  • Memupuk semangat hidup sebagai suatu perbadanan di kalangan pelajar institut;
  • Menerapkan budaya integriti dalam kalangan warga ILPKL;
  • Menjadi medium perantaraan pelajar dan pihak pengurusan Institut dalam penyampaian informasi yang lebih efektif secara konsisten kepada kedua-dua pihak;
  • Menyemarakkan suasana keharmonian di ILPKL melalui kerjasama berpersatuan berdasarkan kebajikan pelajar;
  • Merencanakan pembentukan mahasiswa yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek seterusnya menyumbang kepada agama, bangsa dan negara;
  • Memartabatkan nama institut ke peringkat nasional dan antarabangsa;
  • Merancang dan mengendalikan program-program ke arah mewujudkan kerjasama yang padu di antara pelajar dan institut;
  • Berkongsi idea dan tenaga untuk mengembangkan pemikiran dan kecemerlangan dalam akademik dan berorganisasi;
  • Berganding bahu dengan semua pihak dalam merealisasikan misi dan visi institut;
  • Menjalankan apa-apa aktiviti lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Penasihat MPP dari semasa ke semasa.

Persatuan / Kelab

  • Cetak
  • Emel

Aktiviti kokurikulum diadakan pada setiap hari Jumaat. Antara badan kokurikulum yang terlibat adalah seperti yang tertera.

  • Persatuan Bomba dan Penyelamat
  • Persatuan Bulan Sabit Merah
  • Jabatan Pertahana Awam
  • Gerakan Pengguna Siswa (GPS)

Piagam MPP ILPKL

  • Cetak
  • Emel

Dalam membawa hala tuju organisasi ini selaras dengan tujuan utama penubuhannya iaitu untuk meningkatkan kembali idealisme pelajar. MPP LIPKL turut bergerak di atas dasar utama Piagam Pelanggan iaitu:

  • Memperjuangkan hak-hak serta kepentingan pelajar;
  • Memupuk dan mengeratkan semangat perpaduan dan kerjasama, sama ada melalui individu atau pertubuhan;
  • Memperkembangkan konsep kebudayaan ilmu, berfikir dan beramal seterusnya memangkinkan pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek;
  • Menjadikan masyarakat "Kami Memimpin" sebagai satu wasilah rahmat kepada seluruh masyarakat sejagat.

Strategi Aktiviti Kokurikulum

  • Cetak
  • Emel

Untuk  mencapai  matlamat  tersebut,  berikut  adalah beberapa strategi pelaksanaannya:

  • Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di institut;
  • Menambahkan bilangan pasukan pakaian seragam, persatuan/kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua pelajar melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan;
  • Melibatkan pelajar daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum,  yang sesuai, untuk tujuan pemupukan perpaduan;
  • Melibatkan pelajar dan pihak institut dalam aktiviti khidmat masyarakat;
  • Melibatkan Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL), pengajarยญpengajar dan pelajarยญpelajar dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum;
  • Merancang dengan teliti  aktiviti  kokurikulum bagi  mencapai  matlamat yang dikehendaki;
  • Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan;
  • Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua pelajar;
  • Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan;
  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa kesemasa.

Pengenalan

  • Cetak
  • Emel

Pelajar sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di institut untuk melahirkan pelajar yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan pelajar institut malah untuk negara pada masa depan.

MPP ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpi di masa depan, selain membantu pihak pengurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar. MPP juga berfungsi sebagai saluran bagi pelajar mengemukakan masalah-masalah mereka kepada pengurusan institut.

 

Sub-kategori

  • Majlis Perwakilan Pelajar
  • Badan Kebajikan & Sukan Kakitangan
  • Aktiviti Kokurikulum

    Kegiatan kokurikulum ertinya apa-ยญapa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik kuliah yang memberikan pelajar peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik kuliah.

Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Makluman Semasa
  • Perkhidmatan Kami
  • Program Sepenuh Masa
  • Pekeliling
  • Statistik
  • e-Penyertaan
  • Sebut Harga
  • Audiografi
  • Pengumuman
  • Aktiviti Terkini
  • Maklumat Korporat
  • Peluang Kerjaya
  • Galeri
  • Infomasi ILPKL
  • Videoagrafi
  • Penerbitan
  • Program Separuh Masa
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 33 | Minggu Ini: 169 | Bulan Ini: 1469 | Keseluruhan: 15084845

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Utama