ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS
  • Iklan Kemasukan Sesi 2/2025

  • Banner JIMs

  • ACCT Daikin

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran
30
Jan2024

𝐏𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝐒𝐞𝐬𝐢 𝟏/𝟐𝟎𝟐𝟒

Berita / Aktiviti Semasa
30
Jan2024

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐁𝐑𝐈𝐂𝐊𝐅𝐈𝐄𝐋𝐃𝐒

Berita / Aktiviti Semasa
24
Dis2023

𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐄𝐋𝐄𝐆𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐊𝐋𝐈𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐎𝐑𝐃𝐈𝐍𝐀𝐒𝐈 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐊𝐎𝐑 𝐉𝐔𝐑𝐔𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐃𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐓𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀

Berita / Aktiviti Semasa

facebook.com/LAMANRASMIILPKL

facebook.com/ilpklmotorsport

instagram.com/ilp_kualalumpur

youtube.com/LamanRasmiILPKL

1
Jaringan Industri

Jaringan Industri

2
Hubungan Strategik

Hubungan Strategik

3
Peluang Kerjaya

Peluang Kerjaya

4
Tender & Sebutharga

Tender & Sebutharga

Perkhidmatan

ILPKL menawarkan beberapa kursus yang sesuai dengan kehendak industri terkini. kaedah yang dijalankan adalah melalui Kursus Sepenuh Masa dan Kursus Separuh Masa secara 'Modular' dan 'Customised'.

Berikut adalah perkhidmatan yang kami sediakan. Sila klik untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) di 03-79817495 ext. 124.

Dewan Kuliah Utama

  • Cetak
  • Emel

ILP Kuala Lumpur dilengkapi dengan sebuah Dewan Kuliah Utama yang boleh memuatkan sehingga 300 orang. Ia digunakan untuk program/aktiviti anjuran ILP Kuala Lumpur sendiri mahupun agensi luar sepanjang tahun. Dewan ini turut digunakan sebagai tempat penyampaian taklimat/maklumat berkaitan ILP Kuala Lumpur kepada tetamu Institut yang membuat permohonan lawatan secara rasmi. Dewan ini disertakan kemudahan penghawa dingin, bilik VVIP, ruang makan berhawa dingin dan peralatan P.A. System.

Sijil Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: SMPU03 - Sijil Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini memberi penekanan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam pengujian dan penyelenggaraan sistem penyamanan udara domestik, menganalisa dan merekabentuk susunatur sistem penyamanan udara, mempelajari kemahiran menulis laporan pemeriksaan penyelenggaraan, pengurusan dalam kerja‐kerja binaan berkaitan penyamanan udara serta mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan dan kesihatan.

TEMPOH LATIHAN:

27 Bulan

KELAYAKAN:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Menservis Peralatan Penyejukbekuan & Penyamanan Udara/ Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara/ Kerja Penyejukbekuan & Penyamanan Udara/ Lukisan Geometri & Penyamanan Udara.
  4. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan mempelajari sistem pemampatan dan pemeluwapan refrigerant. Memasang dan menyambung sistem paip penyejukan. Membuat penyelenggaraan elektrikal dan mekanikal. Menentukan saiz/kapasiti penyamanan udara mengikut keluasan bilik, membaik pulih peti sejuk domestik dan komersil.

PELUANG KERJAYA:

Peluang pekerjaan kepada lepasan kursus ini adalah sangat menggalakkan. Penggunaan dan pengawasan alat-alat penyejukbekuan udara sangat meluas. Penggunaannya terdapat di bangunan domestik dan perdaganggan seperti pejabat, hotel, hospital, bank dan di industri pembuatan makanan serta keperluan industri automobil. Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara (Komersil) atau pekerjaan lain yang berkaitan.

Kedai Serbaneka BKSK

  • Cetak
  • Emel

Setiap institusi mempunyai kedai serbaneka yang tersendiri. Lazimnya, kedai ini diuruskan oleh Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) dan didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Kedai serbaneka ini dikendalikan oleh Ahli Jawatnkuasa BKSK yang terdiri daripada kalangan kakitangan institut di bawah Biro Ekonomi bagi menguruskan kedai tersebut. Di kedai serbaneka ini menyediakan pelbagai barang peralatan keperluan seharian seperti  alat tulis, buku tulis, makanan, perkhidmatan mesin fotostat dan minuman yang mengandungi zat yang diperlukan oleh pelajar. Dengan adanya kedai serbaneka ini memudahkan pelajar dan kakitangan untuk membeli keperluan tanpa keluar dari institut.

Sijil Teknologi Automotif Servis

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: STAS03/STAS23 - Sijil Teknologi Automotif Servis


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.

OBJEKTIF KURSUS:

Melahirkan tenaga mahir dalam bidang Automotif khususnya dalam servis selepas jualan dimana prospek kerjaya secara umumnya di dalam sektor automotif.Pemegang Sijil Teknologi Automotif Servis berpeluang luas untuk mengisi jawatan dan kerjaya seperti:

  1. Juruteknik di kilang pengeluaran kereta;
  2. Juruteknik di pusat servis kereta;
  3. Tenaga pengajar mahir di Pusat-Pusat Latihan Automotif;
  4. Juruteknik di dalam sektor pengedaran dan pengimportan kenderaan;
  5. Usahawan bengkel baik pulih kenderaan;
  6. .

    TEMPOH LATIHAN:

    1. STAS03 : 2 Tahun 3 Bulan;
    2. STAS23 : 1 Tahun 3 Bulan;
    3. KELAYAKAN AKADEMIK:

      1. Warganegara Malaysia;
      2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
      3. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
        1. Bahasa Melayu;
        2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
        3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Menservis Automobil/ Automotif Kenderaan/ Automotif Elektrik & Diesel/ Teknologi Automotif/ Menservis & Membaiki Kenderaan.
      4. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

      PERSIJILAN:

      1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
      2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

      KETERANGAN KURSUS:

      Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyaman udara, memasang komponen-kompenan kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas.

      PELUANG KERJAYA:

      Bertambah bilangan kenderaan dari sehari ke sehari menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Mekanik Automotif atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang automotif.

       

Internet & WiFi

  • Cetak
  • Emel

Internet & WiFi

Sijil Teknologi Lithografi (Ofset)

  • Cetak
  • Emel

KURSUS:D03 - Sijil Teknologi Percetakan (Ofset)


PENGENALAN KURSUS:

Sukatan pelajaran bagi kursus ini adalah direka bagi tujuan memberi pengetahuan dan kefahaman pelajar - pelajar dalam mengendalikan alatan dan bahan percetakan yang betul, memahami peraturan keselamatan, mencetak menggunakan pelbagai teknik, mencetak kerja satu warna sehingga kerjacetak 4 warna, teknik kawalan kualiti mutu cetak dan kaedah penyelenggaraan mesin yang betul. Disamping itu pelajar pelajar di beri pendedahan tentang menyelaras peralatan percetakan, mengendalikan mesin dengan kaedah teknik moden, mengenalpasti dan mengatasi masalah cetak, mengawal mutu pada setiap peringkat secara optimum , berkebolehan menyelaras jadual penyelenggaraan serta memeriksa dan membaiki kerosakan kecil bahagian mesin.

TEMPOH LATIHAN:

27 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam Bahasa Melayu;
  5. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 dan Tahap 2 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengendalikan mesin-mesin cetak satu, dua dan empat warna. Antara topik yang diajar termasuklah prosedur percetakan, prinsip dan fungsi peralatan percetakan, penyelenggaraan mesin cetak, kawalan mutu dan keselamatan.

PELUANG KERJAYA:

Jurucetak Lithografik atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang percetakan.

Dewan Makan & Kafeteria

  • Cetak
  • Emel

Dewan makan merupakan salah satu prasarana yang paling penting. Tempat ini digunakan oleh pelajar asrama untuk mengambil makanan dan makan di tempat yang disediakan. Dewan makan ini terdapat tempat makan terbuka yang boleh menampung 300 orang dalam satu-satu masa. Suasana dan keadaannya yang saban hari semakin ceria dan bertambah seri memberikan keselesaan serta kepuasan dalam diri setiap pelajar.

Pertembungan pelbagai budaya dari pelbagai kaum di ILP Kuala Lumpur, menjadikan Institut ini kaya dengan pelbagai jenis makanan yang menyelerakan. Untuk memenuhi tuntutan seharian, kafetaria turut disediakan bagi pelajar dan kakitangan untuk menjamu selera dengan pelbagai juadah bermula dari pagi sehingga malam. Terdapat satu kafeteria di ILP Kuala Lumpur untuk pelajar dan kakitangan. Kafetaria tersebut senantiasa dipantau kawalan kualiti penyediaan makanannya serta harga yang berpatutan. Kafeteria ILP Kuala Lumpur menyediakan pelbagai pilihan makanan tradisional yang pelbagai untuk semua warga Institut.

Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: D01 - Sijil Teknologi Rekabentuk Grafik


PENGENALAN KURSUS:

Sepanjang tempoh latihan pelajar diberi pengetahuan dan kemahiran dalam rekacipta imej dan penyusunan perkataan / gambar  sesuatu bahan untuk di cetak sebelum proses pemindahan imej ke filem . Ia menjurus kepada  latihan  teori / amali  di samping pengetahuan tentang keselamatan,penggunaan komputer serta perisian ( software ) graphic , teknik rekacipta , teknik pengimbasan dan kaedah penyelenggaraan komputer serta kelengkapan lain. Pelajar didedahkan dengan latihan menggunakan perisian grafik seperti Adobe Illustrator, Adobe Photoshop, Adobe Indesign, QuarkXpress antara perisian yang diperlukan untuk menghasilkan grafik, susun atur dan filem yang akan digunakan untuk mencetak.

TEMPOH LATIHAN:

27 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam Bahasa Melayu;
  5. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Juruteknik Perindustrian (SJP) ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan komputer Apple dan perisian yang berkaitan bidang penerbitan seperti Adobe Illustrator, Page Maker, Photoshop serta Quark Express. Merekabentuk grafik, membuat lay-out & memproses filem sebelum proses percetakan.

PELUANG KERJAYA:

Artis DTP (Desktop Publishing Artist) / Pereka Grafik atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang percetakan.

Surau Jumaat

  • Cetak
  • Emel

Bagi umat beragama Islam, waktu solat tidak boleh diabaikan dalam apa-apa juga keadaan, apatah lagi jika berada dalam suasanan yang begitu nyaman dan selesa. Maka, sejajar dengan peraturan di sebuah negara yang mengangkat Islam sebagai agama persekutuan, pihak Institut menyediakan kemudahan tempat solat, iaitu surau. Di samping untuk memenuhi keperluan pegawai dan kakitangan Islam serta pelajar, kemudahan surau dapat dimanfaatkan oleh seluruh warga ILP Kuala Lumpur supaya tidak menjadi insan yang lalai.

Kemasan lantai yang baik, ruang wuduk yang selesa, hembusan udara pendingin hawa dianggap satu bonus untuk keselesaan seluruh warga ILP Kuala Lumpur menunaikan solat terutamanya beragama islam. Selain itu, surau ini juga digunakan untuk pelbagai aktiviti keagamaan seperti ceramah agama selepas waktu maghrib, persembahan nasyid, mengaji al-quran dan sebagainya yang diurus oleh Jawantankuasa surau.   

Sijil Teknologi Elektrik Pendawaian 3 Fasa

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: SMET03 - Sijil Teknologi Elektrik Pendawaian 3 Fasa


TEMPOH LATIHAN:

24 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/ Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik/ Kimia/Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik/ Pendawaian Domestik/ Menservis Peralatan Elektrik Domestik/ Prinsip Elektrik & Elektronik/ Aplikasi Elektrik & Elektronik/ Teknologi Elektrik/ Pemasangan Kawalan Elektrik/ Lukisan Geometri & Elektrik.
  3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).
  3. Sijil Kekompetenan Pendawaian Fasa Tunggal(PW2) / (*PW4) daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini pelajar akan diajar mengenai kaedahkaedah mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa (domestik dan industri). Mencari, mengesan dan membaikpulih kerosakan litar elektrik serta mengawal, menyelenggara alat janakuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST).

PELUANG KERJAYA:

Permintaan untuk Juruelektrik adalah sangat menggalakkan dan dijangka meningkat pada masa hadapan. keadaan ini disebabkan kekurangan Juruelektrik di industri-industri tempatan. Juruelektrik yang berkebolehan dan berpengalaman berpeluang menjadi penyelia atau penilai bagi firma kontrak elektrik. mereka yang mempunyai sijil kelayakan, modal dan kemahiran boleh memulakan perniagaan sendiri scebagai kontraktor elektrik. Juruelektrik atau pekerjaan lain yang berkaitan.

Dewan Serbaguna

  • Cetak
  • Emel

Dalam memberikan kemudahan dengan tujuan keselasaan kepada para pelajar dan kakitangan, pihak institut telah menyediakan kemudahan dewan serbaguna ini yang boleh memuatkan 500 orang dalam pada satu-satu masa. Dewan serbaguna ini merupakan tempat di mana pelbagai aktiviti dijalankan sama ada rasmi, tak rasmi atau riadah. Di samping itu, dewan serbaguna ini dilengkapi dengan kemudahan gelanggan badminton, ping pong, P.A Sistem dan berhawa dingin dan terbuka kepada pihak luar untuk menyewa. Urusan sewaan dewan serbaguna ini di bawah Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan.

Sijil Teknologi Kimpalan

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: SWKA03 - Sijil Teknologi Kimpalan


PENGENALAN PROGRAM:

Kursus ini sememangnya memberikan prospek perkerjaan yang meluas dalam sektor industri kepada pelajar. Melalui kursus ini, pelajar akan didedahkan kepada pengetahuan teori dan amali dalam kerja-kerja dalam proses kimpalan yang melibatkan memotong dan mengimpal logam, keluli karbon (carbon steel), keluli tahan karat (stainless steel), aluminium dan sebagainya. Di antara jenis kimpalan yang digunakan adalah seperti Shielded Metal Arc Welding (SMAW), Gas Metal Arc Welding (GMAW), Gas Tungsten Arc Welding (GTAW), Submerge Arc Welding (SAW) dan sebagainya.

Di dalam kursus ini pelajar akan mempelajari perkara berkaitan kawalan dan jaminan kualiti, pemeriksaan dan pengujian, penyeliaan, latihan loji dan sebagainya. Pelajar juga akan diberi latihan kemahiran dalam pelbagai kaedah pemeriksaan kualiti hasil kimpalan seperti pemeriksaan visual, ujian tanpa musnah (NDT) dan ujian musnah (DT). Pelajar juga akan dibekalkan dengan kemahiran aplikasi perisian komputer.Latihan juga merangkumi kemahiran merancang, menyelia merekabentuk, memeriksa dan menguji kerja‐kerja kimpalan bagi memenuhi keperluan jaminan mutu dan peraturan keselamatan.

TEMPOH LATIHAN:

27 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
  4. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam dari logam-logam jenis feros dan bukan feros, membaca simbol dan lukisan cetakan biru serta menguji sambungan kimpalan dengan cara membedah. membengkok dan merenggang logam.

PELUANG KERJAYA:

Peluang pekerjaan kebanyakannya terdapat di industri pembuatan dan pembinaan logam, loji pemasangan mesin dan jentera, industri perabot dan kerja-kerja struktur pembinaan. Para lepasan kursus ini boleh mendapat pekerjaan sebagai tukang kimpal di kilang penapis minyak, bengkel membaiki dan menyelenggara kereta motor, alatan elektrik dan juga loji jentera perindustrian atau menjalanakan pekerjaan sendiri dengan mengadakan pelbagai kerja mengimpal serta membuat kerja secara kontrak.

Jurukimpal Gas / Jurukimpal Arka Logam Berperisai atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang kimpalan arka dan gas.

Pengangkutan

  • Cetak
  • Emel

Dalam memberikan keselesaan dan perancangan aktiviti Institut atau Jabatan dilaksanakan, kemudahan kenderaan Jabatan tidak ketinggalan diambil penekanan penting agar memastikan kenderaan ini sentiasa dalam keadaan baik. Kenderaan Jabatan ini telah diletakkan di bawah penguasaan Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan bagi urusan pergerakan kenderaan dan juga penyelenggaraan berkala. Institut telah dibekalkan sebanyak 6 unit kenderaan bagi tujuan urusan rasmi dan sebagainya iaitu:-

  1. Bas - 2 Unit
  2. Lori - 1 Unit
  3. Kereta - 1 Unit
  4. Van - 1 Unit

Sijil Teknologi Penyenggaraan Mekanikal

  • Cetak
  • Emel

PROGRAM : SSPM03 - Sijil Teknologi Penyenggaraan Mekanikal


PENGENALAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat alat tangan (hand tools) bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

TEMPOH LATIHAN:

27 Bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu:
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
  5. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar menggunakan alat‐alat tangan (hand tools) bagi kerja‐kerja asas logam, teknik‐teknik kimpalan arka & gas, fabrikasi logam, menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin selain penggunaan pelbagai jenis mesin pneumatik & hidraulik.

PELUANG KERJAYA:

Dengan pertumbuhan ekonomi negara yang pesat telah mendorong lebih banyak industri seperti industri pembuatan dan kejuruteraan ditubuhkan. Industri seperti ini memerlukan ramai pekerja-pekerja mahir dalam bidang Mekanik Industri atau jurugegas. Dengan itu peluang pekerjaan bagi pelajar-pelajar yang mengikut kursus ini cerah. Di antara bidang pekerjaan tersebut adalah Juruteknik Penyelenggaraan atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang penyelenggaraan mekanikal. Mereka yang berpengalaman dan mempunyai modal boleh membuat perniagaan sendiri.

Sukan & Riadah

  • Cetak
  • Emel

ILP Kuala Lumpur bertanggungjawab terhadap pembangunan dan perkembangan sukan dan rekreasi di Institut melalui pelaksanaan program sukan. Ia bertujuan menggalakkan perkembangan nilai-nilai hidup sihat di dalam diri kakitangan dan pelajar. Penekanan dan penglibatan program bercorak kecergasan fizikal dan mental ini supaya kakitangan dan pelajar dapat menilai kepentingan kecergasan terhadap nilai hidup dan seterusnya mendapat keseronokan dengan melibatkan diri di dalam aktiviti yang diadakan.

Aktiviti fizikal adalah penting untuk mengekalkan kecergasan tubuh dan kecerdasan minda. Justeru, ILP Kuala Lumpur sangat komited dalam memberikan kemudahan sukan yang terbaik  kepada seluruh warganya dengan membina kemudahan sukan. Kemudahan sukan yang terdiri daripada dewan serbaguna untuk pelbagai acara badminton, bola jaring, sepak takraw, bola tampar dan pelbagai jenis sukan sering menjadi tumpuan para pelajar yang aktif bersukan. Di samping itu, ILP Kuala Lumpur juga memiliki padang bola, gelanggang futsal dan gelanggang tenis yang berkualiti sering menjadi tumpuan para pelajar dan pelawat. Kemudahan bersukan yang disediakan dalam Institut adalah untuk menggalakkan kakitangan dan pelajar menjalankan aktiviti sukan / riadah dan juga untuk tujuan pertandingan.

Oleh kerana kemudahan sukan yang lengkap, ILP Kuala Lumpur telah menjadi tumpuan ramai lepasan sekolah untuk menyambung pelajar di sini. ILP Kuala Lumpur menyediakan pelbagai jenis kemudahan sukan bukan sahaja untuk kegunaan di peringkat Institut tetapi juga di peringkat Jabatan. Para kakitangan dan pelajar ILP Kuala Lumpur diberikan keutamaan untuk menggunakan kemudahan yang disediakan ini.

Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: SPFF03 - Sijil Teknologi Pembuatan (Pemesinan)


PENGENALAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik. Selain itu, pelajar juga akan diajar untuk membaca dan memahami pelan, penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. Para pelajar akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelajar juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel.

TEMPOH LATIHAN:

27 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh Membaca, Menulis dan Mengira.
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Pemesinan Berkomputer/ Amalan Bengkel Mekanikal/ Teknologi Bengkel Mesin/ Lukisan Geometri & Mesin.
  5. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 1 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik, membaca dan memahami pelan, penggunaan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja.

PELUANG KERJAYA:

Jurumesin mahir diperlukan untuk mengendali, menyelenggara dan membaiki pelbagai jenis mesin, kelengkapan dan peralatan. Peluang pekerjaan terdapat di bengkel-bengkel kejuruteraan, pelebur logam (foundri), kilang-kilang perkakas mesin, tempat pembinaan dam membaiki kapal, kilang penapis minyak serta bengkel-bengkel pembuatan serta membaiki loji dan jentera. Di antara pekerjaan tersebut adalah Pemesin Am (Operasi Larik / Canai / Kisar) atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang pemesinan.

Penginapan & Asrama

  • Cetak
  • Emel

ILP Kuala Lumpur menyediakan sebanyak 7 blok asrama untuk penginapan lebih daripada 800 orang pelajar pada satu satu masa. Setiap satu blok asrama menawarkan pelbagai kemudahan yang lengkap demi menepati keperluan pelajar. Setiap bilik kediaman dilengkapi dengan perabot seperti katil, almari pakaian, meja dan kerusi belajar. Terdapat asrama yang berlainan untuk pelajar lelaki dan perempuan. Pelajar lelaki adalah dilarang untuk memasuki asrama perempuan, dan begitu juga sebaliknya. Pelawat tidak dibenarkan untuk bermalam di asrama.

Sebahagian besar blok asrama mempunyai bilik menonton televisyen, akses internet, mesin membasuh pakaian, alat penapis air, pembersihan harian, kemudahan untuk sistem kumbahan serta pelbagai lagi kemudahan lain yang memberikan kesenangan kepada para pelajar. Pihak pengurusan juga sangat komited dalam menjamin keselamatan dan keamanan warga ILP Kuala Lumpur. Justeru, persekitaran asrama dilindungi sepenuhnya oleh pegawai-pegawai keselamatan yang berdedikasi dalam menjalankan tugas. Kawasan parkir juga dilindungi sepenuhnya untuk memastikan kenderaan para pelajar dan kakitangan ILP Kuala Lumpur selamat.

Sijil Teknologi Komputer (Sistem)

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: F01 - Sijil Teknologi Komputer (Sistem)


PENGENALAN KURSUS:

Sepanjang tempoh latihan pelatih akan didedahkan secara teori dan amali kepada perkembangan teknologi terkini yang merangkumi pembangunan dan rekabentuk sistem dan rangkaian komputer, penggunaan komputer di dalam operasi perniagaan, telekomunikasi, pemprosesan imej, pembangunan dan rekabentuk perisian komputer serta mampu menyelanggara, membaikpulih dan sebagainya.

TEMPOH LATIHAN:

24 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS dalam subjek:
    1. Bahasa Melayu;
    2. Matematik/ Matematik Tambahan; dan
    3. Sains/Sains Tambahan/ Sains Gunaan/ Fizik / Kimia/ Teknologi Maklumat dan Informasi
  5. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 hingga Tahap 3 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Sijil Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Dalam kursus ini, pelajar akan diajar mengenai perkakasan dan juga perisian komputer, praktikal cara pemasangan, penyelenggaraan komputer serta membaik pulih sistem komputer.

PELUANG KERJAYA:

Juruteknik Sistem Komputer atau pekerjaan lain yang berkaitan dalam bidang sistem komputer.

Perpustakaan

  • Cetak
  • Emel

ILP Kuala Lumpur mempunyai sebuah perpustakaan bagi kemudahan pelajar membuat rujukan. Bahan bacaan perpustakaan ini merangkumi bahan rujukan kejuruteraan berkaitan bidang-bidang teknikal seperti elektrikal, elektronik, kejuruteraan komputer, mekanikal, pembuatan dan ICT. Terdapat juga koleksi bidang saintifik seperti fizik, kimia, matematik serta bacaan umum. Di antara kepentingan perpustakaan ialah dapat memupuk amalan membaca serta mampu untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Setakat ini ia hanya menawarkan perkhidmatan bacaan dan rujukan kepada umum manakala pinjaman hanya dibuka kepada kakitangan dan pelajar ILP Kuala Lumpur sahaja.

Kemudahan ini membolehkan pelajar mengulagkaji pelajaran, mencari bahan rujukan dan menambah ilmu pengetahuan di samping menyiapkan kerja-kerja latihan yang diberikan.  Di perpustakaan ini juga dilengkapi dengan kemudahan komputer, internet dan penghawa dingin untuk memberi keselesaan serta kemudahan kepada pelajar. Dengan adanya perpustakaan ini,  golongan pelajar khususnya berpeluang menikmati kemudahan yang ada sebagai pusat rujukan dan mendapat bacaan tambahan bagi meningkatkan prestasi pencapaian dalam pelajaran.

Isnin - Jumaat Sabtu - Ahad & Cuti Kelepasan Am Rehat 
 9.00 pagi - 5.00 petang  Ditutup 1.00 tghr - 2.00 petang
1.00 tghr - 2.45 petang (Jumaat)

Cara Memohon

  • Cetak
  • Emel

Permohonan Kursus Jangka Pendek; Sila hubungi kami di unit Hubungan Industri & Komunikasi Korporat (HIKK) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Hubungan Industri & Komunikasi Korporat
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jalan Kuchai Lama,
58200 Kuala Lumpur
emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. @ Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel : 03-7981 7495/7496 samb. 126
Fax : 03-7981 6649 / 03-7981 6646

Diploma Teknologi Elektrik Kuasa

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: DMEK34 - Diploma Teknologi Elektrik Kuasa


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.

TEMPOH LATIHAN:

24 bulan

KELAYAKAN AKADEMIK:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
  3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
  4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut:
    1. C-051-3/ C-050-3 : Juruteknik Elektrik Kanan; atau
    2. EE-320-3:2012: Three Phase Electrical Installation & Maintenance
  5. memiliki Sijil Suruhanjaya Tenaga (ST) PW2/PW4
  6. Lulus dalam temuduga yang dijalankan
  7. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

PERSIJILAN:

  1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
  2. Diploma Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

KETERANGAN KURSUS:

Kursus ini memberi penekanan kepada latihan teori dan amali dalam mereka bentuk dan membuat anggaran kos bagi kerja‐kerja elektrik, menggunakan peralatan ujian dan perlindungan pemasangan, peralatan industri, kendalian mesin dan sistem agihan bekalan, membuat pemasangan dan pemeriksaan bekalan elektrik, menyelenggara sistem pneumatik, hidraulik dan automasi, bekalan kecemasan, pengulang‐alik, kotak kawalan janakuasa dan kemahiran penyeliaan kerja‐kerja berkaitan elektrik.

PELUANG KERJAYA:

Pembantu Jurutera Elektrik atau Penyelia Jentera Elektrik bagi sektor industri yang mempunyai jentera elektrik voltan tinggi dan rendah atau Penyelia Penyelenggaraan elektrik dan bangunan.

 

Senarai Program 2025

  • Cetak
  • Emel
Baca selanjutnya: Senarai Program 2025

Diploma Teknologi Automotif Servis

  • Cetak
  • Emel

KURSUS: DTAS34 - Diploma Teknologi Automotif Servis


PENGENALAN KURSUS:

Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja-kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain-lain. Pelajar-pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.

OBJEKTIF KURSUS:

Melahirkan tenaga mahir profesional dalam bidang Automotif khususnya dalam servis selepas jualan dimana prospek kerjaya secara umumnya di dalam sektor automotif.Pemegang Diploma Teknologi Automotif Servis berpeluang luas untuk mengisi jawatan dan kerjaya seperti ;

  1. Eksekutif / Juruteknik di kilang pengeluaran kereta;
  2. Eksekutif/ Juruteknik di pusat servis kereta;
  3. Tenaga Pengajar Mahir di Pusat-Pusat Latihan Automotif;
  4. Eksekutif/ Juruteknik di dalam sektor pengedaran dan pengimportan kenderaan;
  5. Usahawan pembuat / vendor komponen;
  6. TEMPOH LATIHAN:

    1 tahun 6 bulan

    KELAYAKAN AKADEMIK:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Boleh membaca, menulis dan mengira;
    3. Berumur 17 hingga 35 tahun;
    4. Mempunyai SPM/SPMV dengan LULUS Bahasa Melayu DAN mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam salah satu bidang berikut:
      1. P-115-3/ P-010-3 : Motor Vehicle Technician; atau
      2. TP-300-3 : Juruteknik Kanan Kenderaan Motor; atau
      3. TP-300-3:2013 : Automotive After Sales Servicing
    5. Lulus dalam temuduga yang dijalankan;
    6. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

    PERSIJILAN:

    1. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ditauliahkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK);
    2. Diploma Teknologi ditauliahkan oleh Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

    KETERANGAN KURSUS:

    Kursus ini menekankan kemahiran dalam kerja‐kerja servis kenderaan bermotor (automotif) termasuk sistem enjin, sistem casis, sistem transmisi dan lain‐lain. Pelajar‐pelajar juga akan dilengkapkan dengan kemahiran pengurusan, penyeliaan dan pedagogi dalam industri automotif. Setelah tamat kursus pelajar mesti boleh menyelenggara, merumus masalah automotif dan boleh mengajar dalam bidang ini.

    PELUANG KERJAYA:

    Penolong Jurutera Automotif di dalam bidang teknologi automotif

Program Jangka Pendek

  • Cetak
  • Emel

Objektif

  • Memberi peluang latihan kepada pekerja-pekerja industri yang ingin meningkatkan hasilkerja serta kualiti diri agar kebolehan mereka seganding dengan keperluan syarikat dan perkembangan teknologi semasa.

Pengendalian Kursus

  • Semua kursus separuh masa ini dikendalikan oleh Institut Latihan Perindustrian, Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, Malaysia.
  • Semua kursus dijalankan secara sambilan (part-time) dan hujung minggu.
  • Jangkamasa kursus adalah seperti di dalam Jadual Kursus yang dikeluarkan setiap tahun. Tarikh kursus adalah tertakluk kepada jumlah permohonan bagi sesuatu kursus.

Bidang Kursus

  • KURSUS JANGKAMASA PENDEK BERMODUL ditawarkan merangkumi bidang berikut.
    Mekanikal, Elektrikal dan Elektronik, Komputer dan Multimedia serta Percetakan. Kursus ini dijalankan pada hujung minggu.
  • KURSUS KHAS(CUSTOMISED) juga ditawarkan atas permintaan syarikat berdasarkan latihan-latihan khas yang diperlukan. Kurikulum, lokasi dan jadual latihan ditentukan mengikut persetujuan dan kesesuaian pihak syarikat dan institut.

Persijilan

  • Peserta-peserta yang telah mengikuti kursus serta memenuhi syarat-syarat kursus yang ditetapkan, akan menerima Sijil Kursus Meninggikan Kemahiran.

Tuntutan Kemalangan

  • Peserta-peserta kursus dikehendaki mengisi dan menandatangani Borang Indemniti. Pihak Institut adalah bebas dari sebarang tuntutan dan dakwaan bersabit dengan apa jua kecederaan akibat kemalangan yang berlaku semasa mengikuti kursus.

Kemudahan Penginapan

  • Pihak institut tidak menyediakan kemudahan penginapan.

Insentif kepada Majikan

  • Majikan-majikan yang menaja pekerja-pekerja mereka untuk mengikuti kursus di Institut ini adalah layak untuk membuat tuntutan Pelepasan Cukai Dua Kali ATAU tuntutan bayaran balik kursus daripada pihak MAJLIS PEMBANGUNAN SUMBER MANUSIA (HRDC).

Yuran Kursus

  • Kadar yuran adalah tertakluk kepada jenis kursus yang diikuti seperti di dalam Jadual Kursus.

 

Sub-kategori

  • Kemudahan

    ILP Kuala Lumpur merupakan sebuah Institut yang selesa dengan mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keperluan semasa. ILP Kuala Lumpur menyediakan pelbagai kemudahan bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif untuk keselesaan semua warga. Antaranya kemudahan yang terdapat di ILP Kuala Lumpur adalah:-

  • Program Jangka Pendek

    Selain daripada program sepenuh masa, program-program jangka pendek juga boleh diperolehi di ILP Kuala Lumpur yang mana dibuka kepada majikan-majikan dan juga orang perseorangan dengan dikenakan sedikit bayaran.

    Program pengajian jangka pendek / separuh masa memberi peluang kepada semua warga Malaysia yang berkelayakan dan sedang bekerja untuk mengikuti latihan di hujung minggu serta menambah pengetahuan dan kemahiran dan meningkatkan kelayakan tanpa meninggalkan pekerjaan mereka melalui konsep “Learn As You Earn”.

  • Program Sepenuh Masa

    Secara umumnya, program yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja separa profesional yang cekap dan berkemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Justeru itu, graduan kejuruteraan perlu bersikap inovatif, kreatif dan beretika tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab apabila berada di dunia pekerjaan kelak. Usaha ini adalah selari dengan cabaran wawasan 2020 yang menuntut  para graduan untuk membangunkan Malaysia sebagai negara perindustrian berpendapatan tinggi serta bermoral dan beretika tinggi.

    Program ini dijalankan antara 12 bulan hingga 30 bulan termasuk 6 bulan Latihan Sambil Bekerja (OJT) bergantung kepada kursus yang dipohon. Di antara program-program sepenuh masa yang ditawarkan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur adalah:

Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Program Separuh Masa
  • Penerbitan
  • Sebut Harga
  • Pekeliling
  • Pengumuman
  • Infomasi ILPKL
  • e-Penyertaan
  • Peluang Kerjaya
  • Maklumat Korporat
  • Program Sepenuh Masa
  • Galeri
  • Statistik
  • Aktiviti Terkini
  • Videoagrafi
  • Perkhidmatan Kami
  • Makluman Semasa
  • Audiografi
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 71 | Minggu Ini: 207 | Bulan Ini: 1507 | Keseluruhan: 15084883

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Utama