ms Bahasa Melayu en English

Advance Technology College (ADTEC) JTM Kampus Kuala Lumpur @ Institut Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
IKLAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DAN PEMBAIKAN BANGUNAN ASRAMA BLOK G1 DI ILP KUALA LUMPUR

Hafiz Dan Izzat Raih Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013 - 23 Januari 2014

  • Cetak
  • Emel

Akhbar : Bernama | Tarikh : 23 Januari 2014


SERDANG, 23 Jan (Bernama) -- Muhamad Hafiz Brahim, tenaga pengajar Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka dan Muhammad Izzat Sulaiman, pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara, Rembau dinobatkan pemenang Anugerah Tangan Emas Perdana Menteri 2013.

Anugerah berprestij itu disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sempena majlis penganugerahan itu di sini hari ini. Dengan kemenangan itu, mereka dijangka mewakili Malaysia ke Pertandingan Kemahiran Asean di Hanoi, Vietnam dari 19 hingga 29 Okt depan dan Pertandingan Kemahiran Dunia di Sao Paolo, Brazil dari 11 hingga 16 Ogos tahun depan. Muhamad Hafiz, 30, yang memenangi anugerah berkenaan bagi kategori MySkills berkata anugerah itu memberi inspirasi untuk terus membuktikan kemampuan beliau dalam bidang reka bentuk media digital. "Saya tak sangka memenangi anugerah ini, lebih-lebih lagi menerima anugerah daripada perdana menteri. Saya akan menggandakan usaha bagi melakukan yang terbaik, termasuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa," katanya.

Sementara itu, Muhammad Izzat, 20, yang memenangi anugerah bagi kategori Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) ternyata agak kecewa apabila anugerah beliau diterima pelajar lain sewaktu diumumkan. "Saya agak teruja apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang tetapi terkejut melihat orang lain pula yang menerima anugerah itu. Walaupun anugerah tersebut diserahkan kepada saya selepas majlis, kecewa itu memang ada," katanya. PKM merupakan pertandingan kemahiran yang diadakan setiap tahun untuk memilih dan mengiktiraf pelatih kemahiran yang mempunyai kemahiran unggul.

Pertandingan MySkills pula terbuka kepada pengajar dan pensyarah di institusi latihan awam dan swasta serta pihak industri bagi tujuan mengukur tahap kompetensi agar tenaga mahir yang dilahirkan mencapai tahap kemahiran yang tinggi. Terdahulu Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot dalam ucapannya berkata pertandingan yang diperkenalkan pada 1990 itu merupakan cetusan idea bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. "Penganjuran pertandingan selepas 23 tahun menyaksikan kira-kira 15,000 belia dan tenaga pengajar menyertai PKM dan Pertandingan MySkills," katanya.

Katanya kerajaan menaruh harapan pertandingan itu mampu memberi gambaran secara umum kepada orang ramai tentang maklumat dalam bidang kemahiran, peralatan yang digunakan dan boleh dijadikan sebagai penanda aras tahap pencapaian kemahiran di Malaysia.

Sumber BERNAMA

Kategori: Keratan Akhbar Dicipta: 23 Januari 2014 Jumlah paparan: 2090

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Arkib Berita
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
digital

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Pengumuman
  • Makluman Semasa
  • Statistik
  • Peluang Kerjaya
  • Infomasi ILPKL
  • Program Separuh Masa
  • Aktiviti Terkini
  • Perkhidmatan Kami
  • e-Penyertaan
  • Maklumat Korporat
  • Program Sepenuh Masa
  • Audiografi
  • Sebut Harga
  • Videoagrafi
  • Galeri
  • Penerbitan
  • Pekeliling
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 15 | Minggu Ini: 343 | Bulan Ini: 2386 | Keseluruhan: 15091215

  • Kemaskini Pada : Selasa 26 Ogos 2025, 09:50:33.
Hak Cipta Terpelihara © ADTEC JTM KAMPUS KL @ ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Arkib Berita