ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Maklumat Korporat

Carta Organisasi ILPKL

  • Cetak
  • Emel
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 16 Januari 2010 Jumlah paparan: 31694

Peta Lokasi

  • Cetak
  • Emel

petaIlpkl

atau klik sini untuk peta google.

Koordinat GPS kami:
N 03° 5.554'
E 101° 41.199'

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 05 September 2007 Jumlah paparan: 23624

Piagam Pelanggan

  • Cetak
  • Emel

piagam pelanggan 1

1 Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
2 Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
3 Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
4 Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan
5 Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.

piagam pelanggan 3

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 16 September 2009 Jumlah paparan: 11806

Visi, Misi & Objektif

  • Cetak
  • Emel

visi misi objektif

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 05 September 2007 Jumlah paparan: 21136

Dasar Keselamatan

  • Cetak
  • Emel
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negetif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
Pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan seperti forum dikehendaki mendaftar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini timbul.
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam portal ILPKL mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian/Jabatan.
Portal agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke portal ILPKL atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam portal ILPKL adalah dilarang.
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 16 September 2009 Jumlah paparan: 6742

Perutusan Pengarah

  • Cetak
  • Emel

assalamualaikum

Salam Sejahtera.

 

Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNYA jua dapat kita berada dalam keadaan yang sihat serta aman damai di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah dibina pada tanggal 26hb Oktober 1964 dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 3, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail pada 9hb Mac 1965. Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, ILP Kuala Lumpur adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan-latihan kemahiran secara formal di bawah Kementerian Buruh (kini Kementerian Sumber Manusia). Bermula dari pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan ketukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang tersohor. Dan hari ini, ILP Kuala Lumpur telah berkembang dengan menjadi penyedia bagi 12 jenis latihan kemahiran dalam pelbagai bidang iaitu Kimpalan, Pembuatan, Penyelenggaraan Mekanikal, Automotif, Elektrikal, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penjaga Jentera Elektrik, Grafik, Percetakan, Elektronik Industri, Jaminan Kualiti, Komputer Sistem dan  Pemesinan CNC.

ILP Kuala Lumpur kini telah berusia 54 tahun. Sambutan Jubli Emas telah disambut pada 2014 yang lalu. Objektif sambutan Jubli Emas ILP Kuala Lumpur adalah untuk meraikan 50 tahun penubuhan ILPKL serta memperingati lakaran sejarah sebagai sebuah institut kemahiran pertama dibawah Jabatan Tenaga Manusia. Juga untuk mempromosikan ILPKL sebagai sebuah institusi penyedia latihan kemahiran yang melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri. Sambutan Jubli Emas ini juga adalah bagi menghargai jasa bekas Pengarah-Pengarah, pengajar dan pelajar yang telah menabur bakti bagi menaikkan nama dan imej ILP Kuala Lumpur. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia itu juga dapat meningkatkan jalinan hubungan di antara pihak industri, agensi kerajaan dan swasta.

Sejajar dengan peredaran masa, teknologi menjadi semakin moden dan canggih, revolusi Industri 4.0 yang sedang dialami diseluruh dunia memberi kesan dan pengaruh kepada pelaksanaan latihan kemahiran di Malaysia. ILP Kuala Lumpur sentiasa peka terhadap keperluan industri terutamanya dalam melahirkan tenaga mahir yang berkebolehan dan berdaya saing dalam mengharungi revolusi industri 4.0 ini. Kita perlu memandang jauh ke hadapan dan tidak hanya duduk di tampuk lama dan menjadi pemerhati kepada setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan bukan sahaja dalam bidang kepakaran  kita, namun juga pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam revolusi industri seiring dengan perkembangan teknologi global.

Dalam usaha membangunkan imej institut, ILP Kuala Lumpur komited dalam menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan para pelajar dan juga pengajar seperti Pertandingan Kemahiran Malaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Selain itu, ILP Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan seperti Pertandingan Kreativiti & Teknologi Inovasi (CITEX), Pertandingan Robocon Kebangsaan, Pertandingan Robot Challenge (JTMRC), Pertandingan Go-kart dan Drag Racing. Bagi pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar pula, aktivti kokurikulum dan badan beruniform seperti RELASIS (RELA Siswa Siswi), Kadet Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia dan JPAM dilaksanakan. Penerapan disiplin yang tinggi mampu melahirkan warga pelatih yang berketrampilan dan berwawasan.

Akhir kata, saya percaya bahawa ILP Kuala Lumpur akan muncul sebagai institut yang mampu bergerak seiring dengan institusi pengajian tinggi yang lain bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi. Dengan persijilan EKSA yang diperolehi pada akhir 2017 yang lalu, ia mampu memberikan semangat kepada semua kakitangan untuk berkhidmat dengan lebih cekap dalam melaksanakan tugas seharian kita. Semoga usaha kita ini sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

#ILPKL hebat…..

Mohd Raris Bin Mohamed Yusof
Pengarah ILP Kuala Lumpur

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 05 September 2007 Jumlah paparan: 18296

Dasar Privasi

  • Cetak
  • Emel
ILPKL (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Sila baca maklumat yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.

RANGKUMAN DASAR PRIVASI

  • Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) di www.ilpkl.gov.my.
  • Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

PERLINDUNGAN DATA

  • Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

KESELAMATAN STORAN

  • Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

PENGUMPULAN & PENGGUNAAN MAKLUMAT

  • Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ILPKL kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.
  • Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.
  • Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.
  • Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke portal dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.

PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT

  • Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.
  • Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;
  • Kami mendapat izin anda untuk berkongsi maklumat ini;
  • Kami perlu berkongsi maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta;
  • kami bergerak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
  • Pihak kami mendapati tindakan pengunjung/pengguna portal melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.

PAUTAN

  • Walaupun www.ilpkl.gov.my mempunyai pautan dengan portal agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal agensi lain yang dilayari.

FAIL LOG

  • Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal ILPKL, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.

COOKIES

  • Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.
  • Portal ILPKL menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.

PINDAAN DASAR

  • Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
  • Anda bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami selepas pemindaan tersebut, hal itu bermakna anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi dasar yang terubahsuai itu.

MAKLUMBALAS

  • Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal ILPKL ini.
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 16 September 2009 Jumlah paparan: 6776

Halaman 2 dari 2

  • Seterusnya
  • 1
  • 2
  • Seterusnya
  • Tamat

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Arkib Berita
  • Galeri
  • Keratan Akhbar
  • Pekerja Asing Dikhuatiri Kuasai Ekonomi Jika Dapat Peluang - 11 November 2014
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • e-Penyertaan
  • Penerbitan
  • Pengumuman
  • Galeri
  • Perkhidmatan Kami
  • Pekeliling
  • Sebut Harga
  • Statistik
  • Videoagrafi
  • Infomasi ILPKL
  • Peluang Kerjaya
  • Makluman Semasa
  • Aktiviti Terkini
  • Maklumat Korporat
  • Program Sepenuh Masa
  • Audiografi
  • Program Separuh Masa
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 149 | Minggu Ini: 285 | Bulan Ini: 1585 | Keseluruhan: 15084961

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Arkib Berita