ms Bahasa Melayu en English

Institusi Latihan Perindustrian Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) menawarkan program latihan kursus kemahiran teknikal vokasional, Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM), kursus jangka pendek separuh masa bidang teknologi kejuruteraan penyelenggaraan mekanikal, pemesinan, kimpalan arka gas, automotif, pendawaian elektrik, elektronik, komputer, percetakan, grafik, penyejukbekuan penyamanan udara. Rujuk senarai syarat kelayakan ditawarkan dan daftar borang permohonan kemasukan ILP.

  • Utama
  • Profile
    • Pengenalan Institut
    • Perutusan Pengarah
    • Misi, Visi & Objektif
    • Piagam Pelanggan
      • Janji Kami
      • Pencapaian Kami
    • Dasar & Objektif Kualiti
    • Logo dan Bendera Rasmi
      • Logo & Pengertian
      • Bendera Rasmi
    • Lokasi Kami
      • Peta Lokasi
      • Peta Kawasan
  • Organisasi
    • Pengurusan Tertinggi
    • Jabatan Mekanikal
    • Jabatan Elektrik, Komputer & Percetakan
    • Jabatan Pengajian Am
    • Jabatan Pengurusan Sumber
      • Bahagian Pusat Sumber & Multimedia
      • Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan
      • Bahagian Kawalan Kualiti & Latihan
      • Bahagian Pembangunan & Penyelenggaraan Aset
      • Bahagian Community and Employment Support Service
        • Unit Jaringan dan Kerjasama
        • Unit Pemasaran & Penerbitan
        • Life Long Learning
        • Unit Sokongan Industri Dan Kebolehkerjaan
    • Bahagian Pentadbiran & Kewangan
  • Program
    • Program Sepenuh Masa
      • Senarai Program
      • Panduan Kemasukan
    • Program Jangka Pendek
      • Pengenalan Program
      • Senarai Program
      • Cara Memohon
  • Kemudahan
    • Penginapan & Asrama
    • Dewan Kuliah Utama
    • Dewan Serbaguna
    • Perpustakaan
    • Dewan Makan
    • Sukan & Riadah
    • Pengangkutan
    • Surau Jumaat
    • Kedai Serbaneka BKSK
    • Internet & WiFi
  • Hubungi
    • Pegawai Maklumat
    • Direktori Pegawai
    • Carian Direktori Pegawai
  • EKSA ILPKL
  • ilpKLEMS

Pelawat

Gerbang Informasi Pelawat.

Bakal Pelajar

Gerbang Informasi Bakal Pelajar.

Pelajar

Gerbang Informasi Pelajar.

Kakitangan

Gerbang Informasi Kakitangan.

Makluman Terkini
TAWARAN BAGI TENDER PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN BAGI JABATAN TENAGA MANUSIA
Tawaran Sebut Harga Pelupusan Aset Alih
Tawaran Sebut Harga Kerja Menyelenggara Sistem Pencegah Kebakaran

Maklumat Korporat

Bendera Rasmi

  • Cetak
  • Emel
bendera jtm
Ukuran Bendera
Lebar 183 cm
Tinggi 91.5 cm
Nama Warna Kod Warna Lokasi
Royal Blue #27408B Logo JTM
Gold #D4A017 Logo JTM
Black #000000 Tulisan JTM
White #FFFFFF Latar Belakang
Tropical Blue #4BA1F0 Kiri & Kanan
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 31 Julai 2015 Jumlah paparan: 9238

Terma dan Syarat

  • Cetak
  • Emel

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman portal Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan / atau menggunakan perkhidmatan di laman portal ini.

Sekiranya anda mengakses laman portal ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur bagi akses dan / atau penggunaan laman portal ini.

Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman portal ini. Penggunaan dan / atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.

Had Tanggungjawab

Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan ini;
  • akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  • kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman portal ini;

Pautan

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur boleh menyediakan pautan kepada laman portal yang lain. Laman-laman portal tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.

Penamatan

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Anda bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.

Perubahan Kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman portal atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.

Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.

Umum

Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini.

Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 11 Jun 2011 Jumlah paparan: 7241

Hubungi Kami

  • Cetak
  • Emel
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan
03-7981 7495 / 7496
03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Peta Lokasi
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 01 Februari 2014 Jumlah paparan: 30238

Logo dan Pengertian

  • Cetak
  • Emel

logo jtm

Pengertian Logo Jabatan Tenaga Manusia

Warna Biru Menggambarkan warna koporat jabatan Tenaga Manusia dan peneraju kegemilangan berpanjangan.
Warna Gangsa Menggambarkan teknologi dan kemahiran.
Perkataan JTM Adalah makna bagi Jabatan Tenaga Manusia.
Muka taip T Penekanan terhadap teknologi, tenaga kerja dan teknokrat.
Dua Anak Panah Mencirikan daya saing antara pekerja ke arah globalisasi. Kesepaduan untuk mencapai kemajuan berpanjangan.
Titik J Menggambarkan satu tumpuan khusus dalam pembangunan modal insan./td>
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 03 Jun 2011 Jumlah paparan: 18351

Carta Organisasi

  • Cetak
  • Emel
Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 11 Januari 2014 Jumlah paparan: 16045

Dasar & Objektif Kualiti

  • Cetak
  • Emel

Skop Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti JTM

Pengurusan Pemberian Perkhidmatan Latihan Kemahiran Teknikal berdasarkan Standard MS ISO 9001:2015.

Dasar Kualiti

JTM adalah komited kepada pemberian perkhidmatan latihan kemahiran teknikal yang berkualiti melalui proses penambahbaikan berterusan untuk memastikan keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti, bagi memenuhi keperluan para pelanggannya.

Objektif Kualiti

Objektif Kualiti Jabatan Tenaga Manusia adalah:
  • Memastikan peruntukan mengurus disalurkan ke ILJTM dalam tempoh dua (2) minggu selepas waran diterima daripada Kementerian Sumber Manusia.
  • Memastikan 95% kakitangan JTM mengikuti sekurang-kurangnya satu program peningkatan kemahiran pada setiap tahun.
  • Memastikan sekurang-kurangnya 85% dari perancangan latihan tahunan kakitangan dilaksanakan.
  • Memberi jawapan kepada aduan pelanggan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan 7 hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga;
  • Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil / diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
  • Memastikan kadar kejayaan purata graduan bagi semua persijilan tidak kurang daripada 85% yang menduduki peperiksaan akhir;
  • Memastikan kurikulum latihan kemahiran dikaji semula maksimum dalam tempoh 5 tahun;
  • Mengiklankan maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di ILJTM selewat-lewatnya tiga (3) bulan sebelum pengambilan;
  • Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
  • Memastikan sekurang-kurangnya 80% daripada jumlah keseluruhan kapasiti perancangan pengambilan pelajar setahun dicapai;
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya 24 aktiviti promosi latihan kemahiran setahun di setiap ILJTM;
  • Memastikan aktiviti pemeriksaan keselamatan di bahagian-bahagian latihan dan premis ILJTM dilaksanakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun oleh Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ILJTM;
  • Melaksanakan sekurang-kurangnya 2 aktiviti berkaitan penyelidikan dan pembangunan keperluan latihan teknikal melalui soal selidik dalam setahun.
JTM komited untuk memastikan objektif kualiti tersebut di atas tercapai dan akan menilainya semula dari masa ke semasa.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 03 Jun 2011 Jumlah paparan: 12355

Pengenalan

  • Cetak
  • Emel

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR (ILPKL), salah sebuah institut latihan kemahiran di bawah kelolaan Jabatan Tenaga Manusia (JTM), Kementerian Sumber Manusia telah ditubuhkan pada tahun 1964. Institut ini adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan vokasional secara formal. Bermula dari sebuah pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan pertukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang terbesar.

Bagi merealisasikan Wawasan 2020, negara perlulah mengembangkan kepakaran dalam industri sedia ada serta melahirkan pakar dalam pelbagai sektor. Kini institut ini menyediakan pelbagai progam latihan teknikal bagi memenuhi permintaan tenaga pekerja mahir negara. Dengan kelengkapan moden dan terkini serta pengajar-pengajar yang mahir dan berpengalaman, institut ini telah berjaya mengorak langkah mengekalkan ciri-ciri latihan kemahiran / vokasional yang ulung.

Graduan dari Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dipelengkapkan dengan pengetahuan, kemahiran dan keyakinan untuk merebut peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian. Pengiktirafan kelayakan serta pengalaman yang diperolehi semasa latihan juga telah membantu mereka untuk meneruskan pengajian di peringakat yang lebih tinggi di Institut Latihan Tinggi JTM seperti JMTI, ADTEC dan juga lain-lain institusi pengajian tinggi di negara ini.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 08 Julai 2011 Jumlah paparan: 39154

Notis Hak Cipta

  • Cetak
  • Emel

Hakcipta Portal Rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur kecuali dinyatakan sebaliknya.

Dengan mengakses portal www.ilpkl.gov.my, anda bersetuju bahawa sebarang muat turun kandungan adalah untuk kegunan peribadi dan bukan komersil sahaja. Sebarang aspek dari laman ini tidak boleh diterbit semula dalam sebarang bentuk atau cara, sama ada elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman, tanpa kebenaran dari pihak web www.ilpkl.gov.my.
Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur.

Produk-produk lain, logo dan syarikat atau organisasi yang tercatat di dalam portal ini adalah kepunyaan syarikat atau organisasi tersebut.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 26 Mei 2011 Jumlah paparan: 6025

Peta Kawasan

  • Cetak
  • Emel

peta kawasan

Sila klik pada gambar di atas untuk melihat bangunan lebih dekat.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 25 Jun 2011 Jumlah paparan: 12146

Penafian

  • Cetak
  • Emel

Portal ini disediakan untuk tujuan mendapatkan maklumat sahaja dan tidak harus bergantung sepenuhnya untuk ketepatannya. ILPKL menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada portal ini.

ILPKL, sekutu-sekutunya, pengeluar lesen, kakitangan, ejen atau kontraktor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangan, termasuk tanpa limitasi secara tidak langsung, kerosakan akibat, kerosakan khas, ketidaksengajaan atau punitif yang berlaku atau disebabkan oleh portal ini atau kandungannya atau kesilapannya atau pengabaian dalam kandungannya.
Sila ambil perhatian bahawa segala maklumat atau bahan yang dihantar kepada ILPKL menerusi portal ini akan dianggap sebagai tidak rahsia. Segala maklumat dan bahan-bahan berkenaan tidak akan dilayan dengan rahsia. ILPKL tidak akan bertanggungjawab pada bila-bila masa apabila maklumat atau bahan-bahan berkenaan jatuh atau diketahui oleh pihak ketiga.

Hakcipta © 2018 Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur

Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia,
Jalan Kuchai Lama, 58200 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Tel : 03 7981 7495 / 7981 7496
Fax : 03 7980 2802 / 7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Kategori: Maklumat Korporat Dicipta: 26 Mei 2011 Jumlah paparan: 6276

Halaman 1 dari 2

  • Seterusnya
  • 1
  • 2
  • Seterusnya
  • Tamat

Galeri@ILPKL

  • Audiografi
  • Fotografi
  • Videografi
  • Penerbitan
  • Pekeliling@JTM
  • Keratan Akhbar
  • Keratan Akhbar@ILJTM
  • Arkib Berita
  • Statistik

Di Mana Kami?

Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur

 03-7981 7495 / 7496
 03-7983 2987

 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • Laman Utama
  • Arkib Berita
  • Galeri
  • Keratan Akhbar
  • OKU Berpeluang Ikuti Latihan - 15 Ogos 2014
Audiografi
Fotografi
Videografi
Penerbitan
Pekeliling@JTM
Keratan Akhbar
Arkib Berita
Statistik
KSM
JTM
JobMalaysia
JPK
SkillsMalaysia
PTPK
UPU
MQA
MyIdeas
BPA
IIM
MSC
MDEC
MySMS
MyGOV
MAMPU

e-Penyertaan

  • Polisi e-Penyertaan
  • Dasar Terbuka Kerajaan
  • Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan
  • Data Dictionary Sektor Awam (DDSA)
  • Perlindungan Data Peribadi
  • Soal Selidik

Aplikasi Atas Talian

  • Permohonan Kursus Jangka Pendek
  • ILPKL Event Management System (ilpKLEMS)
  • Permohonan Program Kerjasama PSMB
  • Edaran Keputusan Peperiksaan Pelajar
  • Permohonan Kemasukan ILJTM
  • Semakan Permohonan ILJTM
  • Semakan Temuduga ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan Akhir ILJTM
  • Keputusan Peperiksaan ST
  • Kajian Pengesanan Kebolehkerjaan (eTOS)

Tags Popular

Anything in here will be replaced on browsers that support the canvas element

  • Maklumat Korporat
  • Infomasi ILPKL
  • Videoagrafi
  • Program Separuh Masa
  • Statistik
  • Program Sepenuh Masa
  • Galeri
  • Sebut Harga
  • Makluman Semasa
  • Pengumuman
  • Aktiviti Terkini
  • Audiografi
  • e-Penyertaan
  • Peluang Kerjaya
  • Pekeliling
  • Penerbitan
  • Perkhidmatan Kami
  • Penafian
  • Notis Hak Cipta
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Terma & Syarat
  • Soalan Lazim
  • Peta Laman
  • Versi Mobile

Jumlah Pelawat Hari Ini: 132 | Minggu Ini: 268 | Bulan Ini: 1568 | Keseluruhan: 15084944

  • Kemaskini Pada : Isnin 28 April 2025, 15:03:07.
Hak Cipta Terpelihara © ILPKL 2015-2025. Reka bentuk khas untuk ILP Kuala Lumpur
Arkib Berita