Untuk sebarang aduan, sila hubungi Kaunter Khidmat Pelanggan di talian 03-7981 7495/6 atau emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Pada masa kini, berapakah bilangan ILJTM di seluruh negara?
Pada masa kini terdapat 27 buah ILJTM iaitu 4 ADTEC, 1 JMTi, dan 22 ILP. Terkini adalah di ILP Miri. Kesemuanya dibawah seliaan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
Adakah kursus yang ditawarkan di ILJTM sama?
Ada yang dan ada yang tidak, contohnya kursus - kursus di ILP sama (bergantung kepada bidang), kursus - kursus di ADTEC juga sama manakala kursus - kursus yang ditawarkan di CIAST adalah untuk melatih calon sebagai tenaga pengajar dalam bidang kemahiran namun mereka juga masih berpeluang untuk bekerja selain dari tenaga pengajar.
Adakah lepasan ILJTM ini boleh melanjutkan pelajaran?
Ya, lepasan pelajar dari ILJTM berpeluang untuk meneruskan latihan mereka samada di ILJTM sendiri ataupun di institusi latihan lain yang menawarkan kursus berteraskan kemahiran.
Adakah kursus - kursus yang dijalankan menjamin pekerjaan?
Kesemua kursus - kursus yang dijalankan adalah berdasarkan kepada standard latihan yang ditetapkan oleh JPK. Kursus - kursus yang dijalankan juga sesuai untuk pekerjaan di sektor swasta (industri). Mengikut statistik kami, menunjukkan sejumlah 80 % dari lepasan ILJTM berjaya mendapatkan pekerjaan selepas 6 bulan tamat latihan dalam pelbagai sektor industri yang ada.
Dimanakah saya boleh dapatkan borang permohonan dan bila?
Borang permohonan boleh didapati pejabat - pejabat pos dan di beberapa agensi lain yang akan diberitahu (sekiranya berkenaan). Ia dibuka pada bulan Mac dan September setiap sesi pengambilan.
Berapakah had umur untuk mengikuti latihan di ILJTM?
JTM, pada dasarnya tidak menetapkan sebarang had umur untuk memboleh semua masyarakat untuk mengikuti latihan di ILJTM, sesuai dengan slogan pembelajaran sepanjang hayat. Namun demikian oleh kerana beberapa sebab tertentu seperti pemberian pinjaman dan sebagainya maka penetapan umur perlu ditetapkan iaitu antara 25 tahun hingga 30 tahun (bergantung kepada program yang ingin diikuti). Namun demikian, mereka yang tidak layak dengan had umur berkenaan masih boleh lagi mengikuti latihan dalam beberapa program seperti latihan jangka pendek yang ada ditawarkan di ILJTM.
Apakah jenis kursus - kursus yang dijalankan di ILJTM?
Kursus - kursus yang dijalankan adalah kursus berteraskan kepada kemahiran, dimana penekanan terhadap kemahiran (antara 60 % hingga 70 %), manakala teori (antara 30 % dan 40 %).
Adakah JTM terlibat menyediakan kursus-kursus seperti di IPTA/IPTS?
Tidak, JTM hanya terlibat dengan penyediaan program - program latihan bagi melatih pekerja - pekerja industri dan program melahirkan tenaga kerja mahir bagi keperluan industri.
Adakah bidang kemahiran yang dijalankan ini diiktiraf oleh JPK?
Ya, semua kursus yang dijalankan di ILJTM diiktiraf oleh JPK dan satu bonus tambahan kepada mereka yang mengikuti latihan di ILJTM dimana terdapat penambahan terhadap subjek - subjek yang diajar supaya pelajar berkenaan lebih bersedia untuk menghadapi dunia pekerjaan kelak.
Berapakah jangkamasa untuk mengikuti latihan tersebut?
Jangkamasa yang ditetapkan adalah antara 6 bulan dan 3 tahun 6 bulan. Namun ia bergantung kepada program yang ingin diikuti samada sijil, diploma dan diploma lanjutan.
Bagaimana memohon kursus Sepenuh Masa?
Pengambilan pelajar untuk mengikuti latihan di Institut Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dilakukan dua kali setahun iaitu di dalam bulan Januari dan Julai. Calon-calon boleh memohon dengan mengisi borang atau melalui permohonan online ILJTM (melalui laman web Jabatan Tenaga Manusia). Iklan akan disiarkan di akhbar-akhbar tempatan biasanya tiga bulan (Mac dan September) sebelum pengambilan. Sila hantar borang permohonan tersebut ke ILJTM yang dipohon.
PERHATIAN!
Borang-borang permohonan tidak dijual di ILJTM (ILP, ADTEC, CIAST dan JMTI) dan Ibu Pejabat JTM, Putrajaya dan lokasi penjualan borang-borang adalah tertakluk kepada pindaan semasa.
Semua permohonan kemasukan yang dibuat adalah tertakluk kepada kursus-kursus yang ditawarkan pada sesi ini sahaja.
SEBARANG PERMOHONAN YANG TIDAK MERUJUK KEPADA IKLAN KURSUS INI TIDAK AKAN DILAYAN.
PIHAK JABATAN TENAGA MANUSIA ADALAH BERHAK UNTUK MENENTUKAN LOKASI PENGAJIAN BAGI SETIAP KURSUS YANG DIPOHON JIKA BERSESUAIAN
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara.
ILJTM terdiri daripada dua puluh empat (24) buah Institut Latihan Perindustrian (ILP), lapan (8) buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) dan sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI).
ILP menawarkan program peringkat Sijil & Sijil Lanjutan serta Diploma, sementara ADTEC dan JMTI menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
PENGAMBILAN PELAJAR
Pengambilan ke ILJTM dibuat dua (2) kali setahun (kemasukan Januari & Julai)
Permohonan ke ILJTM dibuka secara dalam talian (online) melalui laman web JTM www.jtm.gov.my [ atau sila ke menu Perkhidmatan Atas Talian di muka utama laman web JTM] bagi Sesi Januari dan melalui laman web UPU http://upu.mohe.gov.my bagi Sesi Julai.
Permohonan yang tidak mendapat jawapan dua (2) bulan daripada tarikh permohonan ditutup dianggap tidak berjaya dan tiada surat-menyurat secara manual dikeluarkan. Sila rujuk carta Alir Permohonan Kemasukan di bawah untuk maklumat lanjut.
Semua maklumat mengenai tarikh & sesi temuduga dan keputusan permohonan hanya dipaparkan secara online di laman web JTM. Tiada surat menyurat manual dikeluarkan.
Calon perlu merujuk kepada Jadual & Tarikh keputusan permohonan yang dinyatakan dalam sistem untuk maklumat mengenai status permohonan.
PILIHAN KURSUS & INSTITUT
Pemohon bebas memilih kursus dan institusi latihan mengikut syarat yang telah ditetapkan. Pemohon hanya boleh memohon satu kategori sahaja.
Bagi calon OKU, sila dapatkan khidmat nasihat dan maklumat lanjut daripada Bahagian Pengurusan Latihan atau mana-mana ILJTM terlebih dahulu sebelum mengemukakan permohonan.
SYARAT AM KEMASUKAN
LEPASAN SPM
LEPASAN SKM/ST
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SPM);
Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan (kursus-kursus tertentu sahaja); dan
Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
Warganegara Malaysia;
Berumur 17 hingga 35 tahun;
Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk Panduan Syarat Kemasukan Kursus Lepasan SKM/ST);
Lulus dalan sesi temuduga yang dijalankan ; dan
Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata/tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
LALUAN AKADEMIK & KEMAHIRAN
KOMPOSISI LATIHAN
SIJIL
DIPLOMA
DIPLOMA LANJUTAN
Teori: 30% Amali: 70%
Teori: 40% Amali: 60%
Teori: 50% Amali: 50%
FASILITI
JTM menyediakan pelbagai kemudahan di setiap Institusi latihannya; seperti kemudahan asrama, makanan, dewan kuliah, makmal, bengkel latihan, kemudahan sukan & riadah, kantin, makmal komputer, perpustakaan dan sebagainya.
BAYARAN
Yuran Pengajian:
Diploma & Diploma Lanjutan: RM3000.00 setahun. (Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) boleh dipohon bagi yang layak).
Sijil & Sijil Lanjutan: Percuma, kecuali pelajar tajaan.
Lain-lain bayaran yang dikenakan semasa hari pendaftaran (anggaran RM650-RM700 tertakluk kepada Institut).
CARTA ALIR PERMOHONAN KEMASUKAN
Pengambilan Sesi Januari
Pengambilan Sesi Julai
MAKLUMAT LANJUT
Untuk maklumat lanjut, sila berhubung terus dengan pegawai di bahagian berikut:
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan, Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur, Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur. Tel: 03-7981 7495 / 7496 samb. 123 Faks: 03-7983 2987
Bahagian Pengurusan Latihan, Jabatan Tenaga Manusia, Aras 6 Blok D4, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Putrajaya. Talian Terus: 03-8886 5551/ 5553/ 5556/ 5577/ 5580/ 5482 Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
*Nota: Panduan ini adalah tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang selewat-lewatnya tiga (3) minggu sebelum kursus bermula;
2
Memastikan pelajar-pelajar ILJTM disahkan layak dianugerahkan sijil atau diploma berdasarkan keputusan jawatankuasa berkenaan dalam tempoh lapan (8) minggu selepas tamat sesi latihan bagi semester tersebut;
3
Mengeluarkan surat tawaran kemasukan bagi kursus jangka pendek (KJP) selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum kursus bermula;
4
Memastikan peserta KJP yang mencatat peratus kehadiran melebihi 80% mendapat sijil dalam tempoh tujuh (7) hari selepas tamat berkursus; dan
5
Semua aduan diuruskan dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja dari tarikh aduan diterima dan tujuh (7) hari bekerja dari tempoh menerima maklumat dari pihak ketiga.
Sumbangan dan penyebaran maklumat yang dilarang dan bahan-bahan negetif yang bertentangan dengan dasar-dasar negara adalah dilarang.
Menyebar maklumat berbau politik, hasutan atau perkauman atau apa-apa yang menjejaskan reputasi Kementerian dan Perkhidmatan Awam adalah dilarang.
Pengunjung yang ingin menggunakan kemudahan seperti forum dikehendaki mendaftar sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan perkara-perkara yang tidak diingini timbul.
Pengunjung hendaklah memastikan fail yang dihantar melalui kepilan (attachment) bebas dari virus.
Pengunjung adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas maklumat yang dikunci masuk.
Semua maklumat yang hendak dimuatkan ke dalam portal ILPKL mestilah mendapat kelulusan Ketua Bahagian/Jabatan.
Portal agensi atau syarikat yang memerlukan pautan ke portal ILPKL atau sebaliknya mestilah mendapat kebenaran Ketua Jabatan.
Pencerobohan atau percubaan untuk menggodam portal ILPKL adalah dilarang.
ILPKL (“kami”) faham bahawa Dasar Privasi merupakan perkara penting dan memandang serius ke atas privasi anda. Sehubungan dengan itu, ruangan ini akan memberikan informasi lebih lanjut mengenai dasar privasi kami. Sila baca maklumat yang berikut untuk mengetahui lebih lanjut tentang dasar privasi kami.
RANGKUMAN DASAR PRIVASI
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung melalui portal rasmi Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur (ILPKL) di www.ilpkl.gov.my.
Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
PERLINDUNGAN DATA
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
KESELAMATAN STORAN
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
PENGUMPULAN & PENGGUNAAN MAKLUMAT
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ILPKL kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran di bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.
Semasa pendaftaran, anda mungkin diminta melengkapkan maklumat peribadi seperti nama, no kad pengenalan, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod dan lain-lain maklumat peribadi.
Maklumat pengunjung juga direkodkan secara automatik pada log pelayan secara menyemak imbas pengunjung, termasuk alamat IP dan cookies.
Tujuan maklumat ini direkod dan dikumpulkan bagi membolehkan statistik capaian ke portal dapat dibuat agar penyampaian perkhidmatan dapat dipenuhi dengan lebih berkesan dan efektif.
PERKONGSIAN & PENDEDAHAN MAKLUMAT
Pihak kami tidak akan menyebarkan maklumat kenal pasti pengunjung kepada mana-mana pihak atau agensi awam.
Pihak kami akan berkongsi maklumat kenal pasti diri kepada mana-mana pihak atau agensi awam apabila;
Kami mendapat izin anda untuk berkongsi maklumat ini;
Kami perlu berkongsi maklumat anda untuk menyediakan perkhidmatan yang anda minta;
kami bergerak balas kepada sepina, perintah mahkamah atau proses undang-undang; atau
Pihak kami mendapati tindakan pengunjung/pengguna portal melanggar mana-mana garis panduan penggunaan, peraturan atau terma dan syarat berkenaan yang lain dan/atau tambahan, atau syarat-syarat perkhidmatan khusus.
PAUTAN
Walaupun www.ilpkl.gov.my mempunyai pautan dengan portal agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi lain, dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal agensi lain yang dilayari.
FAIL LOG
Bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan kecekapan portal ILPKL, maklumat umum pengunjung seperti jenis browser, nama domain, nama negara dan lain-lain maklumat akan digunakan dalam pengumpulan dan penganalisaan maklumat demografi dan halaman-halaman yang sering dikunjungi oleh pelanggan. Walaubagaimanapun ianya tidak melibatkan privasi individu.
COOKIES
Cookies yang dihasilkan oleh pelayan web hanya akan digunakan untuk mengumpul maklumat bagi mengenal pasti layaran anda yang akan datang.
Portal ILPKL menggunakan non-persistent cookies atau per-session cookies untuk tujuan teknikal sahaja seperti penukaran bahasa pada Portal ini. Cookies ini tidak akan merekodkan data secara kekal dan ia tidak juga disimpan di dalam pemacu keras komputer anda. Ia akan terus di padam sebaik sahaja anda meninggalkan Portal ini.
PINDAAN DASAR
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Anda bersetuju bahawa jika anda terus menggunakan perkhidmatan kami selepas pemindaan tersebut, hal itu bermakna anda menerima dan bersetuju untuk mematuhi dasar yang terubahsuai itu.
MAKLUMBALAS
Kami sentiasa mengemaskini polisi ini dan mengalu-alukan sebarang cadangan atau persoalan berkaitan dengan dasar privasi Portal ILPKL ini.
Syukur ke hadrat Ilahi, dengan izinNYA jua dapat kita berada dalam keadaan yang sihat serta aman damai di negara Malaysia yang kita cintai ini.
Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Lumpur telah dibina pada tanggal 26hb Oktober 1964 dan dirasmikan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke 3, Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalulail pada 9hb Mac 1965. Mengimbau kembali sejarah penubuhannya, ILP Kuala Lumpur adalah yang pertama ditubuhkan oleh kerajaan bagi mengendalikan latihan-latihan kemahiran secara formal di bawah Kementerian Buruh (kini Kementerian Sumber Manusia). Bermula dari pusat latihan kecil yang menjalankan kursus-kursus perantisan dalam beberapa bidang ketukangan tertentu seperti elektrikal, jurugegas, percetakan dan ketukangan kayu, ianya telah berkembang dengan pesatnya untuk menjadi salah sebuah institut latihan kemahiran awam yang tersohor. Dan hari ini, ILP Kuala Lumpur telah berkembang dengan menjadi penyedia bagi 12 jenis latihan kemahiran dalam pelbagai bidang iaitu Kimpalan, Pembuatan, Penyelenggaraan Mekanikal, Automotif, Elektrikal, Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Penjaga Jentera Elektrik, Grafik, Percetakan, Elektronik Industri, Jaminan Kualiti, Komputer Sistem dan Pemesinan CNC.
ILP Kuala Lumpur kini telah berusia 54 tahun. Sambutan Jubli Emas telah disambut pada 2014 yang lalu. Objektif sambutan Jubli Emas ILP Kuala Lumpur adalah untuk meraikan 50 tahun penubuhan ILPKL serta memperingati lakaran sejarah sebagai sebuah institut kemahiran pertama dibawah Jabatan Tenaga Manusia. Juga untuk mempromosikan ILPKL sebagai sebuah institusi penyedia latihan kemahiran yang melahirkan tenaga mahir dalam pelbagai bidang industri. Sambutan Jubli Emas ini juga adalah bagi menghargai jasa bekas Pengarah-Pengarah, pengajar dan pelajar yang telah menabur bakti bagi menaikkan nama dan imej ILP Kuala Lumpur. Majlis yang telah dirasmikan oleh YB Menteri Sumber Manusia itu juga dapat meningkatkan jalinan hubungan di antara pihak industri, agensi kerajaan dan swasta.
Sejajar dengan peredaran masa, teknologi menjadi semakin moden dan canggih, revolusi Industri 4.0 yang sedang dialami diseluruh dunia memberi kesan dan pengaruh kepada pelaksanaan latihan kemahiran di Malaysia. ILP Kuala Lumpur sentiasa peka terhadap keperluan industri terutamanya dalam melahirkan tenaga mahir yang berkebolehan dan berdaya saing dalam mengharungi revolusi industri 4.0 ini. Kita perlu memandang jauh ke hadapan dan tidak hanya duduk di tampuk lama dan menjadi pemerhati kepada setiap perubahan yang berlaku di sekeliling kita. Kita juga perlu sentiasa mengemaskini pengetahuan bukan sahaja dalam bidang kepakaran kita, namun juga pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam revolusi industri seiring dengan perkembangan teknologi global.
Dalam usaha membangunkan imej institut, ILP Kuala Lumpur komited dalam menyertai pelbagai pertandingan yang melibatkan para pelajar dan juga pengajar seperti Pertandingan Kemahiran Malaysia anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Selain itu, ILP Kuala Lumpur juga tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan seperti Pertandingan Kreativiti & Teknologi Inovasi (CITEX), Pertandingan Robocon Kebangsaan, Pertandingan Robot Challenge (JTMRC), Pertandingan Go-kart dan Drag Racing. Bagi pembangunan sahsiah dan jati diri pelajar pula, aktivti kokurikulum dan badan beruniform seperti RELASIS (RELA Siswa Siswi), Kadet Bomba, Bulan Sabit Merah Malaysia dan JPAM dilaksanakan. Penerapan disiplin yang tinggi mampu melahirkan warga pelatih yang berketrampilan dan berwawasan.
Akhir kata, saya percaya bahawa ILP Kuala Lumpur akan muncul sebagai institut yang mampu bergerak seiring dengan institusi pengajian tinggi yang lain bagi melahirkan modal insan berkemahiran tinggi. Dengan persijilan EKSA yang diperolehi pada akhir 2017 yang lalu, ia mampu memberikan semangat kepada semua kakitangan untuk berkhidmat dengan lebih cekap dalam melaksanakan tugas seharian kita. Semoga usaha kita ini sentiasa dipermudahkan dan diberkati Allah SWT.
Sekian, terima kasih.
#ILPKL hebat…..
Mohd Raris Bin Mohamed Yusof Pengarah ILP Kuala Lumpur
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.