KOD | KURSUS | Kelayakan | Tempoh | Keterangan Kursus |
A01 | Mekanik Industri | (b) | 15 bulan | Pelajar akan diajar menggunakan alat-alat tangan bagi kerja-kerja asas logam, teknik-teknik kimpalan arka dan gas, fabrikasi logam; menyelenggara dan merawat pelbagai jenis mesin; penggunaan mesin pneumatik dan hidraulik. |
A02 | Pemesinan Am | (b) | 15 bulan | Pelajar akan diajar membuat pelbagai alat atau alat ganti dengan menggunakan mesin seperti mesin kisar, canai dan larik; diajar membaca da memahami pelan; menggunakan mesin perkakas yang sesuai untuk sesuatu benda kerja. |
A03 | Pemesinan CNC | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar mengendali, menyelenggara dan menggunakan mesin-mesin pengeluaran berteknologi tinggi bagi menghasilkan reka bentuk sesuatu produk industri. Mesin-mesin tersebut dikawal oleh komputer yang dikenali sebagai Computer Numerical Control (CNC). Reka bentuk sesuatu produk industri adalah menggunakan Computer Aided Design (CAD)dan Computer Aided Manufacturing (CAM). |
A08 | Kimpalan Arka & Gas | (b) | 15 bulan | Pelajar akan diajar mengenai kaedah pemotongan, membuat kimpalan jenis arka dan gas, membuat kimpalan ke atas logam, membaca simbol dan lukisan blueprint dan menguji sambungan kimpalan |
A11 | Automotif | (b) | 15 bulan | Pelajar akan diajar menyelenggara, membaik pulih enjin kereta, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan, sistem penyaman udara, memasang komponen kenderaan dan memndu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalu lintas. |
A14 | Kejuruteraan Jaminan Mutu | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar mengenai cara memeriksa, menguji dan mengawal kualiti pengeluaran mengikut piawaian; membaca pelan dan menggunakan alat pengukuran konvensional. |
A15 | CADD Mekanikal | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar menyediakan pelan sesuatu komponen mekanikal, lukisan pemasangan dan butiran, merangka lukisan mengikut skala dan piawaian tertentu sesuatu objek. |
B01 | Juruelektrik | (c) | 2 tahun | Pelajar akan diajar cara-cara mendawai, memasang, mengendali dan menguji pendawaian satu dan tiga fasa, mencari, mengesan dan merawat kerosakan alat-alat elektrik serta mengawal, membaik pulih alat jana kuasa, motor dan peralatan elektrik industri mengikut piawaian Suruhanjaya Tenaga (ST). |
B02 | Penyejukbekuan & Penyamanan Udara | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar mengenai sistem pemampatan dan pemeluwapan, memasang dan menyambung sistem paip penyejukan, menganalisa teknik-teknik rawatan elektrikal dan mekanikal dan memilih penyaman udara mengikut keperluan. |
B05 | Teknologi Elektronik Industri | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar merancang kawalan logik dan gabungannya, mengesan dan membaiki kerosakan alatan, memeriksa dan mengawal pemacu motor elektronik dan mesin-mesin elektrik lain. |
B09 | Penjaga Jentera Voltan Rendah AO (2T) | (e) | 15 bulan | Pelajar akan diajar kerja-kerja pemasangan loji dan mesin, menyelenggarakan, merawat dan membaik pulih alat dan jentera elektrik,mengendalikan radas hidup dan ciri-ciri keselamatan pengguna. |
C01 | CADD Senibina | (c) | 15 bulan | Pelajar akan diajar merangka lukisan unjuran, keratan, perspektif, lukisan perincian, geometri dan lukisan kerja dan ukur bangunan; mereka bentuk bangunan, kerja-kerja ukur tanah, penentu bayang, teknik mewarna, lukisan persembahan dan undang-undang pembinaan. |
D01 | Teknologi Percetakan | (a) | 15 bulan | Pelajar akan diajar merancang bahan-bahan cetak untuk kerja-kerja percetakan, mengendalikan kamera, percetakan offset dan penjilidan buku. |
F01 | Teknologi Komputer | (b) | 15 bulan | Pelajar akan diajar mengenai pemasangan, penyelenggaraan, mengesan kerosakan, membaiki sistem rangkaian komputer serta mereka bentuk rangkaian sistem komputer. |