Matlamat Penubuhan
Matlamat badan ini adalah tertumpu kepada dua aspek utama iaitu kebajikan dan sukan, antaranya adalah:-
- Menegakkan dan mengukuhkan prinsip-prinsip sukarela dan demokrasi di dalam kesatuan sekerja kakitangan Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur;
- Mewujudkan dan menggalakkan minat kesuburan rohani, jasmani dan pelajaran dikalangan kakitangan menurut kegiatan atau persatuan;
- Mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan ahli-ahli badan melalui aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan kebajikan.
Tujuan dan Dasar
- Untuk menyatupadukan dan mengeratkan perhubungan silaturrahim semua pegawai dan kakitangan di dalam bidang kebajikan, sukan dan rekreasi;
- Mempereratkan semangat persahabatan dan persefahaman di antara kakitangan-kakitangan;
- Meninggikan dan memelihara akhlak, jasmani dan kebajikan ahli-ahli Badan;
- Menganjurkan kegiatan-kegiatan kebajikan, kebudayaan dan sukan;
- Berusaha pada mendokong dan meninggikan syiar Islam dan bergiat mengikut landasan-landasan Islam;
- Menggalakkan dan memberi pimpinan serta mengadakan rancangan-rancangan, persediaan-persediaan dan juga kemudahan-kemudahan bagi ahli-ahli dalam lapangan Kebajikan kemasyarakatan, Sukan dan Rekreasi;
- Mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan sukan dan kebajikan yang akan memberi faedah kepada masyarakat, Badan Kebajikan dan ahli-ahli;
- Menggalakkan semangat kesukanan dan persaudaraan dalam pertandingan-pertandingan atau peraduan-peraduan yang diadakan; dan
- Badan ini tidak melibatkan dirinya dalam kegiatan-kegiatan politik atau mendampingi mana-mana pertubuhan, cawangan atau bahagian parti politik.