Pertubuhan ini dikenali dengan nama Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur. Alamat berdaftarnya ialah Institut Latihan Perindustrian, Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur. BKSK merupakan satu badan yang ditubuhkan bagi menjaga kebajikan warga kerja institut sama ada berbentuk moral atau kebendaan di samping merancang dan menjayakan aktiviti-aktiviti riadah yang lain untuk ahli-ahlinya melalui aktiviti jasmani dan rohani yang melibatkan individu dan juga perpasukan.
Selaras dengan matlamat pertubuhan, ahli jawatankuasa melalui empat biro utama BKSK iaitu Biro Kebajikan, Biro Korporat, Biro Sukan dan Rekreasi serta Biro Promosi dan Seranta telah sedaya upaya untuk menjayakan aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun walaupun menghadapi cabaran dan kesukaran seperti kekangan masa, kewangan dan tuntutan tugas masing-masing.
DiManaKami?
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.