Pada 24 Januari 2024, ILP Kuala Lumpur telah menerima lawatan daripada pihak Markas Tentera Darat melalui Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD) yang berpengkalan di 74 Workshop Divisyen, Kem Perdana Sungai Besi. KJLJD merupakan pemberi khidmat bantuan untuk menyenggara, membaiki dan membaikpulih kenderaan dan kelengkapan Tentera Darat Malaysia.
Rombongan daripada pihak KJLJD diketuai oleh Mejar Mohd Azlan bin Mohd Aisa bersama 7 orang pegawai lain. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh puan pengarah ILPKL Ts. Nor A`yana binti Mokhtar Tujuan lawatan adalah untuk membincangkan koordinasi program Askar Wataniah KJLJD di ILPKL.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.