PERJUMPAAN POLIS BRICKFIELDS BERSAMA PIHAK INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) KUCHAI LAMA KL
IPD Brickfields, 24 Januari 2024 jam 3.00 petang bertempat di Pejabat Pengarah ILP KL Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur telah diadakan perjumpaan bersama Pengarah dan Bahagian Pentadbir ILP KL. Antara yang hadir ialah Sjn Anuar B. Ismail, Sjn Basri Bin Ibrahim, Sjn Surlina Binti Mohamad dan Kpl Muhammad Fuaddin B. Abdull Aziz (Unit Kepolisan Komuniti) manakala pihak ILP KL ialah Puan Nor Ayana Bt Mokhtar (Pengarah ILP), En. Aziman Bin Othman (Timbalan Pengarah Operasi), En Alvensus Ginjit (Penolong Pegawai Belia & Sukan).
Seperti sedia maklum pihak ILP KL akan menerima Kemasukan Pelajar Baru Sesi 1/2024 pada hujung Januari 2024 sehubungan dengan itu perjumpaan yang diadakan ini lebih tertumpu kepada isu keselamatan dalam kawasan ILP, maklumat berkaitan salah laku pelajar agar tidak terlibat dengan kes-kes buli, vadalisme dan gejala sosial yang tidak sihat.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.