𝟏𝟓 𝐎𝐠𝐨𝐬 𝟐𝟎𝟐𝟓 || 𝐁𝐏𝐏𝐋 || 𝐀𝐂𝐒 𝐄𝐝𝐮 𝐓𝐨𝐮𝐫 𝐒𝟒 𝐚𝐧𝐝 𝐌𝐢𝐧𝐢 𝐄𝐬𝐩𝐨𝐫𝐭𝐬 𝐄𝐱𝐩𝐨 𝟐𝟎𝟐𝟓 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐧𝐚𝐬𝐢𝐬𝐰𝐚 𝐀𝐃𝐓𝐄𝐂 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫 Pada 14 Ogos 2025 bertempat di Dewan Besar ADTEC KL, Kelanasiswa ADTEC KL dengan kerjasama Persatuan Sukan Elektronik Negeri Sembilan serta sokongan Crit Esports Sdn Bhd telah menganjurkan ACS Edu Tour S4 & Ekspo Mini Esports 2025 buat kali pertama. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada pelajar mengenai dunia Esports sambil menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan belia, khususnya pelajar ADTEC JTM Kampus KL. Antara objektif utama penganjuran ialah menyediakan platform pameran mini Esports kepada pelajar, memberi peluang untuk mereka bermain permainan konsol Playstation 5 bagi meredakan tekanan belajar, serta menawarkan hadiah percuma berunsur Maggi Hot Cup kepada para pengunjung.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.