Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak Masjid dengan kerjasama MPP Biro Agama telah mengaturkan beberapa aktiviti untuk mengimarahkan Masjid pada bulan Ramadhan ini. Antara aktiviti yang akan dijalankan adalah Tadarus Al-Quran, Kelas Tajwid Harian, Ceramah Agama, Majlis Qatam Al-Quran, Majlis Berbuka Puasa, Sembahyang Terawih dan Moreh.
Tadarus Al-Quran akan diadakan pada setiap hari selepas sembahyang Terawih manakala kelas Tajwid akan diadakan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat pada waktu rehat tengahari sehingga waktu Zohor. Ceramah agama akan diadakan pada setiap hari jumaat pada waktu rehat tengahari sehingga waktu solat jumaat. Majlis berbuka puasa serta Qatam Al-Quran akan diadakan pada 23 September 2008. Sembahyang terawih dan moreh akan diadakan setiap hari pada sepanjang bulan ramadhan.
Dijemput semua muslimin dan muslimat untuk bersama-sama mengikuti majlis dan program yang telah diaturkan dan bersama-sama beroleh keberkatan pada bulan ramadhan ini. Semoga semua amalan kita akan diterima oleh Allah S.W.T amin. Untuk sebarang makluman lanjut sila hubungi En. Ismail bin Man (Automotive) selaku setiausha Masjid ILPKL. Harap Maklum
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.