Sukacita dimaklumkan bahawa MAMPU telah mengeluarkan buku panduan berkaitan 'Amalan 8S Semasa Berurusan Dengan Pelanggan'. Ini merupakan inisiatif bagi mencapai aspirasi Kerajaan untuk memberi perkhidmatan yang menyenangkan rakyat selaras dengan konsep '1Malaysia. Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.'
Objektif 8S adalah seperti berikut :
- Meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan;
- Meningkatkan tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi Kerajaan secara keseluruhan;
- Menerapkan nilai-nilai murni dalam amalan harian penjawat awam;
- Meningkatkan imej Sektor Awam ke arah perkhidmatan bertaraf dunia; dan
- Memupuk budaya kerja yang mesra pelanggan di agensi Kerajaan dalam berurusan dengan orang ramai.
Amalan 8S yang ingin diterapkan di kalangan penjawat awam adalah seperti berikut :-
- SALAM
- SAYANG
- SEGAK
- SEGERA
- SEMPURNA
- SENSITIF
- SENYUM dan
- SOPAN.
*Maklumat lanjut berkaitan setiap ciri-ciri tersebut di atas akan dihebahkan dari masa ke semasa.
Mohon kerjasama kalangan warga KSM untuk menerapkan amalan 8S dalam menjalankan tugasan harian YBhg. Dato/Tuan/Puan.