Audit Dalaman MS ISO 9001: 2008 peringkat ILP Kuala Lumpur 1/2010 telah diadakan pada 8 April 2010 dengan di pengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Sumber, En Romales bin Ramli.
Seterusnya, pada 15 April 2010 ( Khamis) satu Lawatan Audit Dalaman peringkat ILJTM Bil 1/2010 akan diadakan di ILP Kuala Lumpur. Justeru itu, adalah diharap semua kakitangan ILP Kuala Lumpur telah membuat persediaan dan memastikan semua dokumentasi memenuhi keperluan perlaksanaan MS ISO 9001:2008. Kerjasama warga ILP Kuala Lumpur amat dihargai.