Bagi memberi sokongan dan kepada Pusat Tabung Darah Negara, pada 15 Januari 2014, Persatuan Bulan Sabit Merah telah menganjurkan program Derma Darah Peringkat ILP Kuala Lumpur. Penderma-penderma darah adalah terdiri dari kakitangan ILP Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar yang layak dan sihat.
Program ini diadakan 2 kali setahun bertujuan memberi kesedaran kepada kakitangan ILP Kuala Lumpur dan pelajar-pelajar berkenaan pentingnya menderma darah untuk golongan yang memerlukan bagi menyelamatkan nyawa. Selain itu ia juga dapat membantu Pusat Darah Negara meningkatkan kutipan darah untuk dibekalkan kepada Hospital-hospital.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat menyumbangkan darah di dalam program tersebut.