Buat julung kalinya ILJTM telah melakar sejarahnya sendiri di mana telah berjaya mengadakan satu program Jelajah Berbasikal Merentasi Banjaran Titiwangsa bermula daripada Kota Bharu ke Ipoh dan kembali ke Kuala Lumpur. Program ini yang bermula pada 1 hingga 5 Ogos 2010 telah disertai oleh 16 orang peserta berbasikal (12 orang daripada ILP Kuala Lumpur, 2 orang daripada JMTI, seorang daripada DBKL dan seorang daripada Suruhanya Koperasi Malaysia) dengan dibantu seramai 10 orang crew yang semuanya terdiri daripada pengajar ILJTM itu bertujuan mempromosikan ILJTM sebagai salah satu institusi pengajian awam yang menawarkan kursus-kursus dalam bidang kemahiran.
Program yang telah dirancang selama 6 bulan telah berjaya dilaksanakan oleh semua peserta dengan sokongan padu dan tidak terhingga daripada Ketua Pengarah JTM iaitu Tuan Romli bin Hassan dan Pengarah ILP Kuala Lumpur iaitu Tuan Haji Hashimi bin Abd Hadi.
Semua peserta berbasikal telah membuat persiapan yang begitu rapi bagi memastikan kelancaran ekspedisi ini seperti latihan yang mencukupi dalam tempoh 6 bulan. Semua peserta berbasikal ini telah dilatih oleh seorang bekas pelumba basikal negara iaitu En Nor Effandy bin Rosli yang juga menjadi salah seorang peserta ekspedisi ini. Seorang lagi peserta yang mengikuti ekspedisi berbasikal ini ialah En Zainuddin (Din One Malaysia) yang telah mengelilingi Malaysia secara solo.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutamanya kepada pihak Polis Diraja Malaysia yang memberi kerjasama tidak berbelah bagi dengan menyediakan polis trafik bagi memudahkan semua perjalanan ekspedisi ini. Setinggi tahniah diucapkan kepada semua peserta. Segala berita dan maklumat mengenai ekspedisi ini boleh dilayari di http://jtmcc.blogspot.com.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.