Seperti YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Datoโ/Tuan/Puan sedia maklum, Dasar Teknologi Hijau Negara telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 24 Julai 2009. Bagi menyokong penggunaan ICT Hijau dalam Perkhidmatan Awam, MAMPU sebagai agensi yang menerajui pemodenan ICT dalam Sektor Awam telah mengambil inisiatif dengan memperkenalkan Garis Panduan Penggunaan ICT Ke Arah ICT Hijau Dalam Perkhidmatan Awam bagi menyokong Dasar Teknologi Hijau Negara.
YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Datoโ/Tuan/Puan adalah dipohon untuk mengambil tindakan sewajarnya agar langkah-langkah yang digariskan di dalam garis panduan ini dipatuhi, dilaksanakan dan dipantau sepenuhnya dengan berkesan. Garis panduan ini boleh dimuat turun melalui Portal MAMPU (www.mampu.gov.my) ataupun muat turun Garis Panduan ICT Hijau. Kerjasama dan keprihatinan YBhg./YB Tan Sri/Datuk/Datoโ/Tuan/Puan di dalam melaksanakan perkara ini amatlah dihargai bagi memastikan hasrat dan aspirasi YAB Perdana Menteri ke aras ICT Hijau terlaksana.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur
Jabatan Tenaga Manusia
Kementerian Sumber Manusia
Jalan Kuchai Lama
58200 Kuala Lumpur
ย 03-7981 7495 / 7496
ย 03-7983 2987
ย Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ย Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Jumlah Pelawat Hari Ini: 49 | Minggu Ini: 416 | Bulan Ini: 462 | Keseluruhan: 15097065