Pihak ILP Kuala Lumpur telah dipelawa untuk menjadi ahli panel dalam rakaman rancangan Generasi Y yang akan disiarkan pada 22 Oktober 2011 (Sabtu) di TV 1 jam 2.00 petang. Pengajar yang terlibat dalam rakaman tersebut ialah En. Noredzuan Bin Mat Noh (Tek. Komp. Sistem) dan saudari Siti Nor Aisyah Bt. Ahmad pelajar dari kursus Tek. Komp. Sistem. Rakaman tersebut juga turut melibatkan ahli panel yang lain iaitu pengasas syarikat Les Copaque (Upin-Ipin) dan juga Pengarah Pendidikan Mara.
Gambar: Sesi rakaman Generasi Y sedang berlangsung di RTM1.
Topik yang dibincangkan adalah ‘Halatuju Idea & Rekacipta Generasi Belia Hari Ini Dan Cabaran-Cabaranya Dalam Melahirkan Belia Berinovasi’. Pengacara atau ‘moderator’ yang bertugas adalah En. Muaz dari RTM 1. Perbincangan tersebut antara lainnya membincangkan mengenai projek inovasi Bahagian Teknologi Komputer Sistem yang telah memenangi tempat kedua Pertandingan Inovasi, Kreativiti & Laman Web JTM 2011. Isu-isu semasa yang berkaitan dengan topik perbincangan turut dibincangkan semasa rakaman tersebut. Para pelajar dari Universiti Malaya Dan Institut Pendidikan Guru telah diundang untuk menjadi penonton semasa rakaman tersebut.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.