Sekali lagi pihak Badan Kebajikan dan Sukan Kakitangan (BKSK) ILPKL telah berjaya menganjurkan sambutan Hari Keluarga untuk semua kakitangan ILPKL bagi tahun 2010. Sambutan ini telah berlangsung dengan meriahnya di Seri Ratu SPA, Recreational Park, Port Dickson Negeri Sembilan pada 28 November 2010. Pelbagai acara telah dijalankan bagi mengeratkan lagi hubungan ikatan silaturrahim di kalangan kakitangan dan ahli keluarga mereka. Adalah diharap dengan penganjuran ini ia dapat merapatkan dan mengeratkan hubungan sesama kakitangan ILPKL. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat di dalam penganjuran ini.
Gambar : Kakitangan ILPKL yang menjayakan Hari Keluarga 2010 bergambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang. Sumber gambar: Encik Mohd Junaidi Othman, BPSM
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.