Hari Pendaftaran pelajar baru bagi Sesi 2/2011 di ILP Kuala Lumpur telah berlangsung dengan lancarnya pada 4 Julai 2011 dengan kehadiran hampir 300 orang pelajar baru beserta ahli keluarga masing-masing. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Selamat Datang diucapkan kepada semua pelajar-pelajar baru dan selamat menjalani minggu orientasi dan seterusnya latihan di ILPKL. Berikut adalah gambar-gambar senario hari pendaftaran tersebut. Gambar dan suntingan oleh Jurufoto ILPKL, Encik Mohd Junaidi bin Othman.
Pelbagai aksi dan ragam yang telah dirakam sepanjang hari dapat menggambarkan suasana kemeriahan dan perasaan pelajar dan keluarga masing-masiang semasa menjejakkan kaki mereka di ILPKL. Sekali lagi pihak ILPKL mengucapkan SELAMAT DATANG dan SEMOGA BERJAYA kerana ILPKL adalah langkah pertama ke Gerbang Kerjaya anda! Tahniah.
Aksi dan ragam pelajar baru dan keluarga masing-masing di hari pendaftaran:
Menuju ke asrama tempat penginapan untuk sepanjang pembelajaran di ILPKL:
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.