Pada 5 Oktober 2010, ILPKL telah melancarkan Program Amalan 5S peringkat Institut bertempat di Dewan Besar ILPKL. Selaras dengan perlancaran tersebut satu bengkel pemahaman Amalan 5S juga telah berlangsung di Bilik Tayangan ILPKL pada 5 dan 6 Oktober 2010. Sesi perbengkelan ini telah di sampaikan oleh Puan Ainin Nisak dari ADTEC Shah Alam dan Hajah Cik Nurlisa dari Ibu pejabat JTM dan dihadiri oleh AJK Pemandu Amalan 5S yang diketuai oleh Encik Azkar Albar dan semua pegawai-pegawai dan Ketua-ketua Bahagian di ILPKL.
Dengan ini secara rasminya, ILPKL sedang menuju ke arah Amalan 5S bagi meningkatkan produktiviti Institut.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.