Pada 21 Disember hingga 23 Disember 2010 satu kursus anjuran Bahagian Kawalan Kualiti dan Latihan (BKKL) telah dijalankan. Kursus berkenaan adalah Kursus Pengenalan Kepada Microsoft Office 2007. Seramai 21 orang kakitangan Bahagian Pentadbiran telah terlibat bertempat di Makmal ICT 3.
Antara modul yang diajar adalah Pengenalan Kepada Microsoft Word 2007, Pengenalan Kepada Microsoft Excel 2007 dan Pengenalan Kepada Microsoft Powerpoint 2007. Bahagian Pusat Sumber dan Multimedia telah diamanahkan untuk menjalankan kursus tersebut.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan mengenai Microsoft Office 2007 di mana kebanyakan daipada kakitangan masih belum mahir menggunakan aplikasi Microsoft Office 2007. Semoga dengan kursus sebegini akan mempertingkatkan lagi kemahiran dan pengetahuan mengenai Microsoft Office 2007.
Institut Latihan Perindustrian Kuala Lumpur Jabatan Tenaga Manusia Kementerian Sumber Manusia Jalan Kuchai Lama 58200 Kuala Lumpur
03-7981 7495 / 7496 03-7983 2987
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.