Pertandingan Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx) 2014 telah berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (POLISAS), Jitra, Kedah pada 23-25 Mac 2014. Para pensyarah dan pelajar ILP Kuala Lumpur tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini bagi mengetengahkan hasil kreativiti dan inovasi mereka. 4 penyertaan daripada ILP Kuala Lumpur merangkumi 2 bidang yang dipertandingkan dalam pertandingan tahun ini. Berikut adalah pencapaian yang telah diperolehi oleh pasukan ILP Kuala Lumpur:-
Bil | Tajuk Rekacipta | Bidang | Kumpulan | Keputusan |
1 | Intelligent Unlock Calling System | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Emas |
2 | Intelligent Communication Technology (i-ComTech) | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Emas |
3 | Sangkar Arnab Sistematik | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Gangsa |
4 | Solar Power Chicken Roasted | Elektrikal / Elektronik | Pelajar | Sijil Penyertaan |
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pensyarah, kakitangan dan pelajar yang terlibat dalam iCompEx 2014 dan berjaya mengharumkan nama INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KUALA LUMPUR.