Pertandingan Inovasi RIID 2013 UITM Melaka anjuran Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJI&A) UITM Melaka akan diadakan pada 16-17 Disember 2013 bertempat di Dewan Taming Sari, UiTM Kampus Alor Gajah, Melaka. Sehubungan itu warga ILPKL yang berkelayakan dijemput untuk menyertai Pameran dan Pertandingan Inovasi tersebut. Pertandingan ini di bahagikan kepada 3 kategori iaitu Invention, Innovation dan Design. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 November 2013 dan maklumat penyertaan bolehlah berhubung lanjut dengan Bahagian Kawalan Kualiti Latihan ILPKL di talian sambungan 128. Sekian harap maklum.