Untuk makluman dalam usaha untuk menilai dan memperkasakan keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada stakeholders dan pelanggan, Cawangan Teknologi Maklumat (CTM), Jabatan Tenaga Manusia sedang menjalankan Kajian Kepuasan Pengguna bagi Perkhidmatan Antivirus Symantec di ILJTM bermula pada 7 Januari 2015 sehingga 21 Januari 2015.
Sehubungan itu, dimohon kerjasama untuk melengkapkan soal selidik ini secara dalam talian (online survey) dengan melayari pautan berikut:
Borang Soal Selidik Kajian Kepuasan Pelanggan
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan mengenai Kajian Kepuasan Pengguna bagi Perkhidmatan Antivirus Symantec di ILJTM ini, bolehlah menghubungi pegawai CTM iaitu Puan Nik Mursilah Akmal binti Nik Mustafa (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. ) di talian telefon : 03-88862438.
Perhatian dan kerjasama dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.