Untuk makluman Jabatan Perkhidmatan Awam telah menjalankan soal selidik kepada pihak Kementerian berkenaan Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia: Keterlibatan Pegawai dalam Organisasi (The Malaysian Civil Service People Survey) bertujuan untuk mengukur tahap keterlibatan penjawat awam (employee engagement) dalam perkhidmatan awam dan faktor-faktor yang menyumbang kepada keberkesanan organisasi dan kesejahteraan penjawat awam. Kajian rintis tersebut telah dilaksanakan di beberapa agensi terpilih dan Kementerian Sumber Manusia merupakan salah satu agensi tersebut.
Sehubungan itu, kajian rintis tersebut akan dilaksanakan mulai 1 hingga 31 Oktober 2014. Selaras dengan itu, kerjasama tuan/ puan adalah dipohon untuk menjawab soal selidik tersebut melalui pautan seperti di bawah. Segala kerjasama tuan/ puan dalam perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sertai Kajian Tinjauan Perkhidmatan Awam Malaysia