Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Tenaga Manusia dalam usaha membangunkan Buku Kejayaan Graduan ILJTM yang telah berjaya di alam pekerjaan untuk memberikan penghargaaan kepada graduan ILJTM yang telah berjaya di alam pekerjaan dan membuktikan graduan bidang kemahiran boleh berjaya sehingga ke peringkat tertinggi.
Sehubungan dengan itu, pohon jasa baik bekas-bekas pelajar ILP KUALA LUMPUR untuk Private Mesej (PM) Facebook CESS ILPKL perkara-perkara berikut:
- Nama Penuh
- Bidang Kursus
- Tahap Kemahiran
- Tahun Graduasi
- Jawatan Terkini
- Alamat Syarikat
- Pendapatan Bulanan
- Alamat E-mel
- No. Tel. Bimbit
- No. Tel. Pejabat
- Alamat Surat Menyurat
Sila kemaskini maklumat terkini dengan pihak kami, selain daripada mendapatkan maklumat pekerjaan bekas pelajar, ianya juga bertujuan untuk mengumpulkan maklumat-maklumat bekas pelajar ILP KUALA LUMPUR.
Sekian, terima kasih.