Kempen Menderma Darah ILPKL anjuran Persatuan BSMM ILPKL, telah diadakan pada 17 Januari 2013. Program ini diadakan 2 kali setahun bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar dan kakitangan ILPKL berkenaan pentingnya menderma darah untuk golongan yang memerlukan bagi menyelamatkan nyawa. Selain itu ia juga dapat membantu Pusat Darah Negara meningkatkan kutipan darah untuk dibekalkan kepada Hospital-hospital.
Sebagai makluman darah diperlukan untuk kes-kes pembedahan, mangsa kemalangan, merawat pesakit leukemia, barah, thalassemia, penyakit jantung, komplikasi pendarahan semasa bersalin, haemophilia dan lain-lain. Isipadu darah yang biasanya didermakan adalah sebanyak 450ml iaitu kurang daripada 1 pain darah (568ml). Jumlah darah yang diambil adalah berdasarkan berat badan. Darah merah yang telah didermakan memerlukan masa selama 4 – 8 minggu untuk digantikan semula manakala plasma pula selama 24 jam.
Sumbangan gambar: En. Zainal bin Abd Jalil, BPSM